perasaan saya dgn 2 anak teruna…
first time tengok wajah dia berbaur-baur perasaan nih, tak tahu rasa apa, tapi yg pastinya bangga sbb saya berjaya lahirkan dia dan insaf sbb besar betul pengorbanan ibu saya semasa melahirkan saya, kesakitan yg saya alami waktu melahirkan masih saya rase dan wajah mereka waktu pertama kali saya tatap tak pernah hilang dalam ingatan saya
orang kat keliling saya cakap saya ni garang ngan ielham, macam tak sayangkan ielham yaAllah sedangkan anak yang saya cubit2 tu anak saya sayangkan dia lebih dari segala-galanya, kadang kala keadaan persekitaran yg buat saya naik angin, sebabnya saya tak suka dan tak boleh terima klu org lain kata anak saya noty..dan takut klu anak saya menyusahkan mereka…
saya pernah tinggalkan ielham sewaktu umurnya 8bulan, tiap hari tiap ketika saya kenangkan dia, hampir2 saya tinggalkan seminar tu semata-mata nak balik jumpa ngan dia..dan kali kedua saya tunggalkan dia mase nak lahirkan izzach, mase tu Allah saja yg tahu rase nak bawa dia sama ke hospital, sepanjang jalan menangis bukan sbb sakit tp sebab ingat kat dia…
jadi mummy pada 2 baby ni mengajar saya bertanggungjawab dan erti kehidupan serta telah membuka jalan untuk saya teruskan hidup ….
tak terungkap ngan kata kata sesungguhnya aku sayangkan anak-anak dan rela berkorban nyawa sekalipun untuk mereka…tiap hati hidup ni ada rase penat bosan sedih tp kenang2 kan balik klu hari ini aku tak bergelar ibu aku rase gak bosan, sunyi sepi macam tak ada apa yg nak di hadap…
penat aku untuk melayan kerenah dan besarkan deorang kadang2 selalu kata dlm hati cukuplah budak berdua nih, lepas nih tak sanggup lagi, kalau masih tak ada rumah masih numpang umah orang hmm aku malas nak menambah lagi nih, dok sini bukanlah susah tp kami tak ada space banyak..ielham nga izzach makin hari makin besar tak kan masih nak dido sebilik ngan aku dan daddy…hendak jugak aku buat bilik deorang cantek2 ada 2 katil kecil ada tempat letak baju ada tempat simpan mainan..huhuh mmg impian betul bilalah nak termakbul agaknya…
sayu sungguh kalau difikikan kenapa aku tak dapat peluang bekerja dan bergaya macam orang lain, kawan2 aku ramai tak kawen lagi, mesti happy je kan…hmm aku 25 dah 2 anak…..dah nampak macam 35 pun ada, nak cantik2 nak lawa2 macamana tiap hari berpeluh bersenggang mata untuk anak2 nih..tangan tak yah cakaplah kering kulit pun kusam….mata tak bersinar pun macam orang lain, letih sakit2 badan sakit2 kepala semua ada nak pikir duit susu, duit diapes, duit kereta, bil2 eletrik..plus bil rumah, duit CC pun bukan banyak sgt pun nak kumpulkan sbb hari2 keluar kena isi petrol…kadang2 beli sesikit barang dapur dan keperluan keluarga…lauk pauk..aku nak makan gak, abang pun..hmmmmm…bukanlah niat kat hati nak berkira tp cuma nak meluahkan apa yg ada kat kepala nih, dah sarat benar dah pun…sedihnya hmmmmmmmmmmm alahai …kadang2 selalu hati ni terusik sbb gaya abang, selalu balas kasar2 cuba lah jawab elok2 ape ntah kesalahan mummy …klu sibuk, penat tolonglah hargai mummy, hargailah mummy yg dok kat umah nih ngan segala benda yg mummy kena buat..mummy kena siapkan…klu tak macamana lah…klu asyik mummy je kena buat baik, sopan santun jaga hati masing2 kenapa ,masing2 ada perasaan tak bagus pada mummy?? cemana mummy nak buat lagi…tolong lah wahai Allah…
kat sini banyak lauhan hati mummy yg mummy tulis, tu yg mummy malu nak kongsi ngan orang pasal blog mummy macam orang lain tu..heheh















