jika di putar kembali masa lalu, ingin saja mummy lewati saat ini ketika ini mummy sedang bertarung nyawa dan persaan untuk merubah status kepada seorang mummy…9 bulan mummy membawa abang tidak sedikit pun mummy merasa perit, malah persaan bangga dan bertuah kerana anugerah Allah kepada mummy…
harapan mummy untuk anak tersayang supaya anak memahami mummy dan membesar dgn sihat serta belajar untuk menjadi seorang anak yg soleh supaya kehidupan kita lebih terjamin dan bermakna kelak…ketahuilah wahai anak tiada seorangpun ibu didunia ini tidak menyangi zuriatnya, tiada seorang pun yg mahu melihat anaknya hancur dan mendapat kesusahan….tidak ada seorang pun yg mahu anaknya hilang dari pandangan…supaya anak mengerti maksud mummy…
mummy daddy amat mengasihi abang..ketahuilah olehmu nak, akan kami sulam 7 warna pelangi supaya ia mampu membawa kamu ke tangga kejayaan, akan kami timba 7 lautan untuk kamu layarkan bahtera hidup kamu kearah kebaikan, akan kami persembahkan 7 keajaiban jika ia menjadi taruhan dalam kemengan …berilmu..beriman dan beramal….pinta kami jauhilah segalan mungkar dan dekatkan lah dgn amalan soleh sesungguhnya ia jaminan untuk kami mendapat perlindungan di alam kemudian…






















