Archive for the Uncategorized Category

mummy……jom pergi taman…

Posted in Uncategorized on December 15, 2009 by ilhamzamry

ielham dua minggu dah request nak main kat taman thomas katanya, taman nih kat tampin dlm 20min lah dari umahbanyak kali dah pergi bawak dia main kat sini, memang best tempat nih, dia punya tempat mainan tu punya besar tak henggat, tak caya jom layan…………..

the intro ni sebahagian je tau, klu tengok real mmg melampau besarnya,,,,,

ielham panggil taman thomas sbb ada kereta api lama kat sini….kebetulan di hujung sana ada pengantin tengan buat outdoor, malu2 jek nampak pengantin tu… :p

ni sorang mamat ni kelam kabut carik tang mana nak naik….

ha tuh jumpa dah tempat naik…hehhehe, kata nak main lepas kepak so mummy pun lepas kepak kat adik, buat lah apa u nak buat..kuikuikui

sorang ni takyah cakap lah, advance mummy plak terpanggil panggil…abang u kat manerrrr??? :p

takut plak mummy tengok dia boleh turun ikot tangga nih, laju plak tuh…

ni dia tengah brief kat makndak dia cemana nak main slide tu…..wahh!!! :p

laju tul abang kejar adik…. :}

makndak pun suka…..

mummy pun sukaaaaaaa….

makndak ngan kawan dia….

ni pose cover tembamm :p

susah betol nak pegang budak kecik nih….

sibuk sgt nak naik..haaaaaaaa meraung kena tinggal kat atas tuh….

hah naik jgn tak naik……….

habiss dah, nanti sambung lagi ada kicik tgh on semua pc kat luar tuh….naya je kang kena babap tangan, konon meraung tak henggat mummy dera dia lah tu konon….grrrrrrrrrr siap dia…:p

mummy’s flying stories 2

Posted in Uncategorized on December 13, 2009 by ilhamzamry

hahhaah hari ni nak sambung habis lah….ok done part kat tiara beach tu skrg nak sambung jalan2 kat terminal one ngan makndak dan anak2….dah2 carik barang semua tu kat parkson kitaorg gi makan kat jusco sbb nak carik guardian yang ada jual bedal silky girl makndak yang shopping, mummy belanja makan jek….tarakkkk lebeh,teringin gak baju kat parkson mase YES…Year End Sale….best2 plak cantek2…tunggu daddy nak belanja heheheh yek darling??

abang….adik macam nak je car blue nih..power kan?? :p

sambung makan kat jusco seremban 2, tak cakap pun semua org tahu makan kat mane…anaknda saya sgt suka chezy waggest dia…sebab tu lah, niat nak gi jonnys tp kang tak pasal berasap tangan ielham… lol

ohhh my….pic foods lah plak….

ni ielham nya….

ni mummy punya hot rod…best lah sos dier…nyummmm

ni makndak dia punya….jom jimat set a…hehhe hapal aku… lol

sorang makan sambil mencari teman………..

besar nganga u………

si kenek tengah tido lepas mengamuk bagai nak rak dlm kereta nak milk me milk me….haiyooo…

pastu ielham rent car ni rm3 per 5min…..lawak anak haku…

ni jek mummy sempat rembat, baju2 ngann pjamas ielham yang lama dah tak tukar, asik beli adik punya, berlubang lubang dah seluar ngan baju dia, tambah2 ada kenek yang geget abang dia..sian anak ayung saya walaupun notty mummy selalu marah u, u tetap kat hati mummy nak…. adehhhhhhh swingggg!!!

jap lagi nak sambung, bg izzach makan pasta jap…..

camera hilang…

Posted in Uncategorized on October 20, 2009 by ilhamzamry

sakit hati…geram, marah , sedih dah 3-4 hari dah dok terponyok kat hari, bencik betul lah, kenapa ada yang panjang tangan sangat kat sini.huh!! yaAllah jika itu kesilapan dan kelalaian ku maka hukumlah aku yaALLAH tapi…….kenapa dah ku kunci ku simpan rapi pun masih boleh hilang gak…..hieeeeeeeeeeee sakit hati, pic ham ngan adik banyak tak upload lagi, pic renovate cc, dah janji ngan en din, pic budak perantisan dah janji ngan pengurus MARA….

hari tu hphone hilang, mase tu boleh redha lagik sbb aku yang tinggalkan kat cc ngan kaunter takd, sekarang dah ada kaunter tertutup pun boleh hilang cemana…….huhuhu uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….nak camera tu balik nak balik nak balik……………………….sapa yang ambik pulangkan lah huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

sekian dari aku yang lepas geram kat sini..sakitnya hati…..

happy new year….

Posted in Uncategorized on January 7, 2009 by ilhamzamry

dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyanyang, alhamdulillah dah turns to 2009 , good bye 2008….tahun nih aku turns to 26, my hubby turns to 38….ojhhhhh tidakkk mummy dah mula tua nih….
lambat update keBZan melanda bermula the middle of dec, adik izzach demam panas, pastu mummy pastu jangkit plak kat abang yung berderet-deret demamnya….letih betul pastu daddy bawak lak jalan2 tapi macam biaa tak banyak yang dapat snap gambar2 sebab abang yung kuat meragamm letih lahhh,………

meniti dec nih dah mula pasang niat dan azam baru

insyaAllah matlamat utama nak jadi mummy yg prihatin dan tak garang pada anak2, nak manage rumahtangga dgn baik dan lebih teratur terutamanya account serta [size=18]perbelanjaan[/size], tak mo [size=18]boros-boros [/size]dan mula menyimpan siket2….

yg kedua nak bayar ptptn…nak mula bayar dah tahun depan skrg usaha nak minta no pin kat ptptn..

yg ketiga nak stopkan botol ielham dan diapers dia pelan2..

yg keempat kena amik masa untuk solat jemaah ngan hubby , sbb anak2 dah besar dah pandai main sendiri so boleh campak kat luar sementara solat…

yg terakhir, dengan izin ALLAH saya nak [size=18]cuba mencari kerja[/size] yg berpadanan dan kemampuan saya serta keselesaan anak..boleh tak sambil kerja sambil jaga anak….

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

ni mummy selitkan sedikit peristiwa sekitar awal muharam…

Peristiwa penting Awal Muharam
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.Nabi Isa diangkat ke langit.

Sejarah

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Penggunaan

Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap. Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilāl) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilāl tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin.

Dengan pencerapan begini mendorong Muslim berkecimpung dalam bidang astronomi, yang meletakkan Islam terkehadapan dalam sains tersebut buat beberapa kurun. Amalan tradisi ini masih diikuti di negara-negara lain seperti Pakistan and Jordan. Walau bagaimanapun, kebanyakan peraturan astronomi negara Muslim membenarkan penggunaan calendar dan tidak tertakluk sentiasa kepada cara ini. Malaysia, Indonesia, dan beberapa negara yang lain memulakan bulan ketika matahari terbenam pada hari pertama ketika bulan terbenam selepas matahari terbenam. Di Mesir, bulan bermula ketika matahari terbenam pada hari pertama yang bulan terbenam sekurang-kurangnya lima minit selepas matahari terbenam.

Umm al-Qura yang rasmi, kalendar Arab Saudi menggunakan kaedah astronomi yang berlainan hinggalah beberapa tahun kebelakangan ini [1]. Sebelum 1420H (sebelum 18 April 1999), jika usia bulan yang terbenam di Riyadh sekurang-kurangnya 12 jam, maka hari yang tamat ketika matahari terbenam itu merupakan hari pertama setiap bulan. Ini menyebabkan negara tersebut meraikan hari-hari raya sehari atau dua hari awal berbanding negara lain termasuklah Haji yang hanya menggunakan tarikh Arab Saudi kerana berlangsung di Makkah. Pada tahun 1380-an H (1970-an), negara Muslim berlainan menamatkan puasa Ramadan pada empat hari yang berbeza. Perayaan aidil fitri lebih seragam pada 1420H. Bagi 1420-22H, jika bulan terbenam selepas matahari terbenamdi Makkah, maka hari yang bermula ketika matahari terbenam tersebut adalah hari pertama bulan Saudi, peraturan yang sama juga bagi Malaysia, Indonesia, dan yang lain (kecuali tempat rukyah dijalankan).

Sejak 1423 H (16 Mac 2002), peraturan telah dijelaskan sedikit yang memerlukan gabungan geosentrik matahari dan bulan untuk berlaku sebelum matahari terbenam, sebagai tambahan untuk memerlukan bulan terbenam sberlaku selepas matahari terbenam di Makkah. Ini memastikan yang bulan telah berlalu melepasi matahari ketika senja, walaupun langit masih terlalu terang sebaik sebelum betul-betul kelihatan anak bulan. Secara tegasnya, kalendar Umm al-Qura digunakan untuk kegunaan awam sahaja. Pembuatnya menyedari yang untuk dapat benar-benar mencerap hilāl buat kali pertamanya boleh berlaku dua hari selepas apa yang dikira dalam kalendar Umm al-Qura.

Sejak 1419 H (1998/99) beberapa pegawai jawatan kuasa pencerap hilāl telah ditetapkan oleh kerajaan arab Saudi untuk menentukan rukyah anak bulan bagi permulaan bulan. Tidak kurang juga, pegawai agama Arab Saudi turut menerima saksi pencerapan oleh sesiapa yang kurang berpengalaman lalu mengumumkan yang hilāl dapat dilihat walaupun pihak pegawai tidak dapat melihatnya. Kebanyakan kesnya, pencerapan tersebut amat sukar dan terdapat yang salah lihat.

Bulan terbenam terkemudian daripada matahari bagi negara yang di barat, maka negara Muslim di sana sering menyambut hari perayaan sehari awal berbanding negara Muslim di timur.

Terdapat pelbagai kalendar Islam yang digelar kalendar Islam tabular yang bulannya dikira melalui kaedah hisab berbanding rukyah atau pengiraan falak. Ia mempunyai kitaran setiap 30 tahun dengan 11 tahun lompat dengan 355 hari dan 19 tahun dengan 354 hari. Bagi jangka masa panjang, ia tepat kepada satu hari dalam 2500 tahun. Ia juga menyisihkan 1 atau 2 hari bagi jangka pendek.

Microsoft menggunakan “algoritma Kuwaiti” untuk menukar kalendar Gregori kepada kalendar Islam. Ia didakwan menggunakan analisis statistik data bersejarah dari Kuwait tetapi sebenarnya menggunakan taburan kalendar Islam tabular.

Pengharaman mengubah bilangan bulan

Pada tahun kesembilan Hijrah, Allah berfirman akan pengharaman mengubah pengharaman bulan seperti tertera dalam al-Quran dalam Surah At-Taubah:36-37

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.

Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah (berperang di dalamnya); dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang kafir.

Pengharaman ini turut diulang baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam khutbah terakhir baginda di Arafah iaitu ketika berlangsungnya Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah 10H di Makkah (perenggan ini sering dibuang daripada khutbah oleh penyunting moden kerana dianggap tidak penting):

Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan. Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadil Akhir dan Syaaban.

Terdapat tiga bulan suci (atau bulan haram) berturut-turut yang dinyatakan oleh baginda iaitu Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram lantas mengelakkan pertambahan sebarang bulan sebelum Muharram. Bulan suci yang tunggal lain ialah Rejab. Bulan-bulan ini dianggap suci dalam kalendar Islam baru dan juga kalendar ketika zaman jahiliyah Makkah yang dari itu ia diterbitkan dengan membuang bulan-bulan yang tidak perlu atau ditambah-tambah pada penghujung 10 H. Turutan bulan yang ditambah-tambah, sebelum dibuang, tidaklah diketahui.

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:

awal-tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Doa Akhir Tahun:

akhir-tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

kuih, kek & pelita raya…….yahoooooooooo

Posted in Uncategorized on October 6, 2008 by ilhamzamry

done..all done, kuih mummy dah sampai semalam rm 76.00 dari atih, pastu dadday dapat banyak gak kuih raya tahun nih, ada 5-6 balang…semalam gak mummy amik kek lapis serawak aunty nadira poskan maklang beli …..ada 6 buah kek tuh, daddy kata nak amik bawak balik sg buluh siket2 tp kena mintak permission dulu huhuhuh………….

ayah sibuk suh balik dah nih, susah hati lah ngan daddy syian pulak ayah kat kampung, mak lagi, ingat nak balik lah hari nih, jap lagi kot, esok ke, ayah nak amik gaji dia kat bahau, kang anak2 lagi nak bawak jenjalan sekali susah lah…hmmm risaunya, ngan CC lagi ingat nak carik duit raya nih ha, bebudak leh tahan lah kan tp nak buat macamana mummy nih tersepit …

mummy sakit gigi nih, entah ngapa takmau elok pulak ha, sakit gigi mummy sangat2….nak packing balik raya pun belum lagi nak ke taiping lagi nak setakat nih dah asingkan mana yang nak bawak balik kg, mana nak bawak taiping….adussss sakit gigi mummy……

end of this may

Posted in Uncategorized on May 23, 2008 by ilhamzamry

haiyooooo so long no update….hehheh sgt rindu nak tulis tapi apakan dayaku masa terluang hanya untuk all may boys…..termasuk my hubby…..
banyak tul nak story….untuk may nih….

fisrt of all nak cerita pasal rambottt, 8th mummy dah berjaya gi potong rambot mummy yg sgt serabaii dan mcm tak terjaga, mummy gi ingat nak potong biasa yg buleh diikat tp cina tu pergi potong ikot suka hati dia dah macam boyhair rambut mummy, mummy sgt malu almaklum tak penah buat rambut pendekkk gitu tp daddy kata cute…hahhahahahah segannnn sajer lah tu buat senggal….

10th may, ada buat kenduri kesyukuran family, kaklang bawak balik staff dia 13org semuanya…tukang masak…mak, mama n mummy, tukang makan, buat sepah seentero family..hhehehehe jenuh tu, sampai adik baby ngan abg baby terabai dek usaha mummy nak menolong wawa….yg sedih daddy tak keluar bilik but yg buat happy anak2 daddy jaga kat dlm bilik….hehhehehheh sibukk betull….after kenduri pun sibuk kemehh tp ada org tulung ok gekk, mlm tuh mummy nengok af…hampeh sbb toi tak keluar, ye tak yek nak cerita jugak pasal mklang zawiyah beli new car, adooooiiiii toyota estima baru …gerammmm je nengok wana putih lakk tuuuu…hehheheheheheh

esoknya 11th mummy ngan wawa gi pasar sbb sebelum balik deorang nak makan2 dulu so mummy mama, mn wawa bertungkus lumus masak…buat itu ini, mummy masak asam pedas, wawa masak sayur campur, mummy masak sambal udang with petaii wawa masak gulai telor….mama, tukang siang ikan, tukang pecah telorr..hhehehheehh ok lah pas deorang balik daddy dapat gaji 2k macam biasa tp tak bolehh enjoy sbb nak bayar insyuran + roadtax ngan duit kete….sbb duit cc tak mencukupi plus kenaikan kadar dan harga letrik sekarang….

13th daddy bawak mummy gi funfair, hampa sbb tak dapat naik discavoryy tp dapat naik menatang pusing2 tuuu, lawakna sbb kami 2 je yg naik benda tuh….sungguh gerooonn bila reverse pastu mumy naik kincir…huhahuha takoot gegila….bawak abang baby kat situ habis doittt rm50..hancusss menatang asatu hapah tak guna…cceit

ohhhh…..

Posted in Uncategorized on May 8, 2008 by ilhamzamry

nak tau mummy sgt serabai sekarang sbb rambut tak potong lg, rimass lah sbb rambut kembang nih…yeeehh semalm berjaya pump stok susu untuk adik pakai mothercare nyer botol 1.5oz tu jep jek licin sbb td mak suh kua gi kedai, pasar memacam lah, syian itu kicik…hehheheh
td buat millege daddy siap dah pastu mummy sembang2 ngan maktam yan…daddy mcm tak bg beli kain songket tu…huhu nak jugakkk nak jugakk…nak jugakk..
tau tak skrg abang yung tersangat lasak, geram tul mummy, abang yung suka buat mummy marah hmmmmmmmmmmm abangyung please behave your self!!! please…uwaaaaaa sedih…adik lak susah dido memalam…
mummy selalu sedih ngan daddy jugak, selalu daddy buat tak tau ngan mummy, nape ntah kot terlampau letih jgnlah klu mummy tanya nak marah je, klu mummy berkerja24hour kat umah ni pun mummy nak jugak daddy layan mummy cerita2 ngan mummy, ni tidak daddy always wat muka masam, mummy pun tersangat letih ngan kerenah anak, ngan kerja rumah..itu,ini lg…tolonglah faham perasaan mummy, mlm2 berjaga jugak susu anak daddy, tukar diaper anak…tolonglah mummy….mummy sgt terasa ngan daddy..kat mana lagi salah mummy ngan daddy, apa lagi yg tak puas, tak sempurna yg cuba mummy lakukan untuk diri daddy, mummy jeless nengok orang lain bahagia dan dihargai suami masing2…nasib mumy tak sebaik itu dan bukan macam apa yg mummy impikan

mummy tak tau sejauh mana kasih sayang da cinta daddy untuk mummy yg masih tinggal kat hati daddy, i am your wife…please love me again!!!

akhirnya…..

Posted in Uncategorized on May 7, 2008 by ilhamzamry

akhirnya daddy tebus salah tak wish mummy bawak gi pizza hut tampin, gambar abang yung je amik tu pun tak banyak sbb maleh nak snap, bawak budak kecik tu lagi yg sgt sporting…mummy luv izzah kekeke cinta kat dia..
oh ye, hari ni daddy ke putrajaya ada meeting kat sana tak pasal kena jaga koc huhuhuh mlm kang dpt upah gi funfair..yeaaa tp kena pump susu dulu sbb nak tinggalkan adik kang…kekkkeee syian plak adik babby yg mummy kasihi tu..pump da basuh td jap lg sterill dulu pastu pakai botol mothecare kot, jap lg setting…
hmm smlm beli suar jeans tp nampak cam gemoks lak kekekekok ke tak tak pasti kena tanya daddy..tinggin lak nak beli tshirt tp cane nak pergi sbb anak2 tinggal kat umah, mak bz menyiapkan umah atas ni sbb kaklang fizza n the gang nak lepak sini sbb sabtu ni nak buat kenduri….ok le tu…daddy kobar2 nak dok kat situ…ye ye jek….
ni gambar pujaan hati yg jarang mummy belai, sbb asyik nak pi kejar abgyung dia jek..

ni abang yung yg very the notttyyyyyyyyyyyyyyyy..tak tahan mummy kat dia…

ielham mummy habis pantag asal mummy pass mandi die cecepat amik stokin kat laci almari suh mummy pakai…lawak tul mamat tu, biarpun lasak dia tetap pujaa hati anak kesayangan daddy, daddy marah mummy sbb mummy cepat tangan nak bg penam[ar kat anak dia, marah bebenar dia klau mummy buat ielham,mummy cayang gak abangyung tu cuma gerak tak henggat tengok dia…

Protected: dari ku untuk ku………….

Posted in Uncategorized on May 2, 2008 by ilhamzamry

This post is password protected. To view it please enter your password below:


entah??

Posted in Uncategorized on April 29, 2008 by ilhamzamry

mummy ngan adik baby tinggal kat umah while daddy bawak deoarang pergi jalan2 yelah…awak berpantang, tu yg kata dapat anak sama-sama pantang sorang2…tak kisahlah janji deorang bahagia biar aku menangung luka…kekeke….

mummy tak kisah lah siang td pun mummy jaga cc, tp income tak byk today, si umar dtg ptg td mase mummy tgh sidai kain…dia sakit kaki rupanya…syian pulak kan?? dah potong rambut si umar tu…

oh ya…abg yung td pergi kpj chekup last nanti tak perlu dtg lg sbb dia dah smbuh, alhamdulillah syukur mummy kpd Allah, semoga Allah tetapkan yg terbaik buat abg yung dan adik baby..mumy sayang both of anak2 mummy…