Archive | January 2008

ielham warded….

isnin, 28.01.2008

hmm pagi semalam aku terjaga awal tengok2 jam pukul 5.30pagi, hmm cadang nak bangun lewat siket tido semula sedar2 dah pukul 6.45am, bising dah kat umah sbb angah ada ngan anak2 dia lagi, aku bangun terus solat subuh pastu cecepat kemaskan skit2 bilik sblum kua , kol 7.30 sunyi sepi dah kat luar aku kemas dapor pulak yang bersepah bagai nak rak sebab biasalah bila dah ramai kat umah tu apa lagi cawan2 ngan pingan mangkok banyaklah yang tak berbasuh,dengar2 abang baby dah ketuk2 pintu, pastu darling pun dah bangun aku jengok kat pintu bilik kejap tanya daddy pukul bape nak peri hospital, dia kata arround pukul 10am lah…hmmm sibuk betul ngan wrestling dia kat channel 20 huh…..tanya nak bfast ape dia jawab cekodok dah ada tak payah masak lagi ok lah….

amik abang baby pulak tengok selesema makin banyak, alamakk sure hari ni kena balik kot…..siap2 kemas rasse sayu tetiba tengok abang baby asyik perati aku kemas hari ni rasa ralat pulak nak marah dia YaAllah bantulah aku….tabahkan hatiku……mak keluar bilik dan ajak ke pasar oklah terus aku pakai tshirt ngan sua terus sarung tudung pulak ngan tak mandi start2 kete minyak mahindra pun dan E chennel…hohoooooo kena singgah shell lah gini, masuk semula abang baby dok cry memanjang….sesaper pun tak dulik kat dia aku ambil bawak masuk kete…pastu minta duit minyak cari2 warlet hubby tak ada pulak huhh amik duit CC rm 50 dulu….isi minyak…

balik dari pasar hubby dah siap lengkap pakai baju dok tunggu aku ngan anak terus bagi baju kat dia siapkan ielham, dia tak banyak noty ngan daddy senang aje nak pakai baju tp kalau ngan mummy alamatnya 1/2jam baru siap pakai….kekkeek amik soya dlm freezzz bagi hubby sbb beli dia nasi lemak aku pun makan dulu kang kot2 lapa payah pulak….hehehhe dah siap terus bawak beg baju, beg toy, beg mummy, bakul milk ielham keluar letak atas meje sofa, ielham pulak sibuk dok kerjakan beg spounge bob dia pijak2 kat situ sabarje lah anakkku….

POST KAT PCM……

alhamdulillah anak saya mohamad ielham iskandar dah discharge pagi ini, tapi belum selamat menjalani pembedahan sbb ielham ada komplikasi dan masalah kesihatan yang agak teruk, dia tiba2 dapat selesema dan batuk dengan itu operation tu dibatalkan dan dipostpone pada satu tarikh, pada awalnya 24 april tetapi pada mase itu saya pula tengah berpantang so SOPD hospital bagi tarikh 15mei untuk ielham buat semula 3step checkup kat pakar pembedahan tu…..

ielham ada masalah ( underscanded testis) iaitu testis sebelah kanan dia yang tertinggal di bahagian bawah perut, walaupun dia tak banyak masalah tapi lama kelamaan dia akan bagi effect teruk sbb testis yang tinggal kat situ akan membesar dan bagi effect pula kat usus dia bila dia besar nanti……..

saya berterima kasih pada kawan2 yang sudi mendoakan anak saya, semoga Allah membalas budi dan jasa kalian…….nampaknya masalah saya masih belum selesai….. dan ielham perlu bertahan sementara menunggu tarikh lain dan saya amat berharap pada masa itu ielham akan sihat dan tiada lagi penangguhan untuk dia…… senyum dan kat sini saya nak berkongsi pengalaman sehari saya kat wad pembedahan kanak-kanak…….

ielham mula sampai masuk wad dia mula menangis tak henti henti sbb dia nampak ramai baby2 menangis ada pula yang pandai bercakap meraung panggil mama…sakit, yaAllah macamana lah saya nak bertahan, dia dapat bed no 7 di bahagian bilik yang terakhir dimana ia sebelumnya ada pesakit baru sahaja keluar masa kami mendaftar masuk, nak letak tak boleh nak dukung dia meronta-ronta….bila nampak daddy dia dia terus dyy…dyyy….sbb saya masuk dlm wad daddy dia masih kat kaunter untuk settle GL dia…..
ielham tak mahu duduk kat katil tu, tak mahu minum susu, tak mahu mainan yang memang saya bawa dari rumah, tak nak kat fav ball dia sume2 tak nak, akhirnya daddy ielham dukong bawak keluar wad tu, dia sementara saya kemaskan barang dia, dah siap masukkan barang dlm drawer tu saya call hubby mintak bawa ileham masuk sbb saya mandikan dia, masuk wad semula dia menangis kuat….nak tak nak saya terpaksa juga buka baju seluar dia dan bawa dia ke toilet terus mandikan dia kat singki, bila bagi pegang sabun dia senyap sekejap, main air lagi….pastu dia dah mula ok lah…..dah balut dengan towel dia saya bawa keluar semula ielham asyik pandang kat baby sebelah bed dia tu main2 lepas tu panndang daddy, pastu nangis semula, saya minta hubby pakaikan diapers dia dan pakai baju dia….sampai pukul 3ptg doc dtg check masa tu dia masih ok…namun dah ada tanda2 dia nak dapat selesema….
tiba ptg lagi datang sorang lagi doc dari agnes klinik iaitu doc pakar bius….dia beri penerangan pada saya dan macamana keadaan ielham mase kat bilik pembedahan tu nanti, saya menangis depan doc tu tak dapat nak bayangkan, dah selesai tu hubby pesan kat saya kalau banyak menangis maknanya saya tak cukup kuat dan taknak bagi anak saya sihat, hubby suruh tenggok keadaan budak2 baby2 kat sana ada yang lebih teruk dari ielham…..saya tersentuh ngan kata2 dia….memang betul saya lihat ibu2 kat situ semua biasa je walaupun anak2 mereka menangis, ada seorang ibu yang duduk berhampiran dengan katil ielham anaknya merengek sbb demam asyik menangis sama macam ielham tapi ibu itu sabar jek….dia pun batal opp sbb anaknya tak sihat….yang dihadapan katil ielham pula anaknya akan menjalani pembedahan buah pinggang sbb 1 daripada buah pinggang dia tak berfungsi…… lagi berat seorang kanak2 tu ada kanser kat bahagia tekak nya dan kanser tu dah mula membengkak…….yaAllah permudahkan segalanya untuk ibu2 itu juga…..

Alhamdulillah… sehari kat wad ini menyedarkan saya bahawa saya masih beruntung dari ibu2 kepada anak2 yang punyai masalah yang lebih besar dari anak saya…dan saya akan cuba bertahan dan kuatkan hati saya demi ielham….saya tak sangka pulak kami pulang ke rumah tanpa penyelesaian……..dlm kereta ielham tido nyeyak sangat sampai tak peduli sesiapa …………….daddy dia kata apalah ielham nih, habiss cuti daddy…heheheh ITULAH MASALAH AKU TAK HABIS2 NAK MENANGIS TD WAKTU BUAT APPOITMENT BARU TU PUN HAMPIR2 NAK MERAUNG DEPAN NURSE TU MESTI HUBBYKU MARAH…HEHEHHE

ielham mummy ngan daddy cuba usahakan kalau2 ada rezeki ielham nak buat operation tu kat hospital swasta yang lain, insyallah semoga Allah membantu kita ye sayang, sabar ye anak mummy baik sanggat….

Advertisements

jalan2 mahkota parade…

hmmmmm bangun pagi hari ni cam lewat siket pasalmalam tu abang babby tido lewat so mummy ngan daddy pun bangun lewat but mummy dapat solat subuh juga…abang babby mengada-ngada malam td takmo tido, alih2 doklah luarngan daddy…tido tertonggen…huhuhuhu yang daddy pulak bangun terus update KOC pastu sibuk pulak ngan kete remote dia…ohhh daddy daddy….main2 kete remote, mummy gi pasar 25hb hari ni ngan mak tak tahu nak beli apa , last2 tak beli ape2 pun…hahhahahah balik umah dalam 10.45am tu abang baby baru bangun pastu mummy mandikan dia terus…….

hari ni ngan mood baik hubby ajak gi melaka, mahkota parade sebanarnya nak carik spare part kete kontrol dia yang baru beli semalam sbb asyik2 battery kong, main tak sampai 30min dah tak power, aku suke hubby main tu sbb ada jugak masa dia berriadah kat luar ni tidak dok merap dlm bilik ngan pc aje, pastu boleh kurangkan siket lemak2 kat badan dia tunggu aku suh dia jln2, lari2 siket lagi….hehheehhheh

kat mahkota parade td best juga sbb ada promotion pasal f1 sepang…hahahah abang baby ielham dpt naik kat menda pusing2 f1 yang ada nama pemain f1 tu lawak sungguh muka tercengang sbb menda tu dok pusing2,aku snap gambar dia kat situ, penat tul ngan budak kecik nih sekali dapat lepas lari terus takmo lagi dukung, aku syian kat hubby sbb sakit2 pinggang dokung dia, tp banyak yang mummy dukung lah, mencari-cari toy city sampai lenguhh kaki rupa2 nya kat tingkat 2..heheheheh kat situ best abang babby dok geram men TRY kete2 kat situ….ohhh anakku!! hubby minat sanggat ngan kete2 remote kat situ, tuh le semalam sblum beli dah aku ajak dia pergi takmo nak jugak carik kat seremban parade tak caya orang cakap…tapi ok juga menda tu sama cuma tak banyak pilihan……………

nak juga amik adik baby punya fitter sheet tp bila tanya2 casher tu dia ckp kalau yang jenis comfuter macam tu mmg takada fitter sheet dia, memang tak buat sheet, ohhh oklah last2 dapat sambar 2 helai baju tido abg babby ngan 2 helai baju adik babby sekali, but nyesal tak pilih bebetul sbb baju adik baby yang caler kuning tu macam besar dari saiz new born…yang abang baby jugak pun sama saiz m, besar gakk tu, cane?

semalam makan kat KFC daddy amik dinner plate, mummy makan rice combo, abang baby amik cheecky meal set b ada nugget but semalam abang babby makan nugget tu banyak juga, ohh ok ler lagipun semalam orang tak ramai pun kat kfc….pas tu mummy beli hunny donut…yummmieeeeeeeeeee bestnyer…beli 1 dosen RM12.00 macam2 perisa ada yang mummy amik semalam cheess, coppucino, oreo, mango delight, choc delight,lagi satu choc with almond….geram betul tengok2 donut kat situ, ada strawbbery shortcake hahhaha macam2 tp memang best kat sana next month ajak hubby gi lagi bawak mak sekali gi zoo melaka tak pun tunggu adik baby kua pas pas pantang ok ler tapi kali ni adik kena disiplin siket dari abang, adik kena ajar dok dlm stroller macam baby2 lain senang nak tolak…..huhuhuhu but stroller tu mahai semalam tengok yang canggih manggih kat toy city ohhhhhhhhhh tak tahan!!!

hepy birthday hubbyku cayang…..

hari ni 24hb birthday suamiku tercenta…hari ni jugak anak teruna tersayang kena checkup kat klinik pakar pembedahan , GH Seremban….robek hatiku bila dengar penjelasan dr muhamad haffiz tentang bius dan bagaimana proses itu dijalankan dan bagaimana kondisi badan ielham nanti dan apa kesanya pada dia………dan sebagainya, YaALLAH bagaimana harus aku menerima kenyataan ini bahawa anakku akan di bedah…YaAllah selamatkan dia kembalikan dia seperti asalnya wahai tuhanku, bantulah aku……..suamiku diminta untuk menandatangani surat kebenaran untuk pembedahan dijalankan seram sejuk badan dan aku terus membawa ielham keluar…air mata tak tertahan lagi ielham pulak buat muka tercengang dan cuba peluk aku td, agaknya tahu mummy susah hati….memang mummy tak secap hati, mummy takut, mummy sedih, mummy risau, mummy sayangkan ielham…macamana mummy nak tahan air mata nih…lepas tu dr haffiz tu panggil aku dan ielham masuk suh aku duduk dan cuba buat lawak ngan aku…dia check degupan jantung ielham pastu check dada dan tanya samaada ielham ada elergic pada ubat ke atau macam2, alergic anak teruna aku tu setahu aku ngan hubby pada madu dan kekacang…..tak tahu plak yang lain…risaunya….daripada penerangan dr tadi aku dah dapat bayangkan keadaan anakku nanti kat bilik operation tu….yaAllah macamana nih?? lepas keluar bilik tu seorang nurse tu sempat pesan isnin depan sila datang pagi sbb banyak prosedur nak buat takut nanti terkocoh-kocoh……Allahummasallialasyaihidinna muhammmad!!

keluar dr hospital hubby ku ajak menyinggah kat parkson sbb aku sibuk minta dia belanja mcd pastu pulak daddy nak belikan ielham mainan baru….sampai parkson best jugaklah sbb tak ramai orang, parking pun senang sbb kereta tak banyak…terus naik tinggkat 2 tengok site mainan, yang bebanyak mainan kat situ ielham berkenan ngan trak kecil yang ada puzzle dalam nya, ok lah bugget banyak jadi siket, pas daddy asyik membelek kereta control sibuk benar nak beli dari bulan lepas lagi, disebabkan hari ni birrthday dia, aku mintak jugak dia pilih dan belikan untuk diri sendiri sbb mummy tak ada duit pun, kalau adapun nak beli kek kat sicret recepi kang tp kebetulan pulak sepupu ibu mertuaku yang duduk kat tmn guru seremban meninggal pagi td, mak ikut sama jd kami tak dapat nak menyinggah banyak tempat, gi tailor victor pun tak boleh sbb mak dah tunggu kat masjid Rasah hmmmm dah pilih2 kereta tunggu pulak promoter tu charge battery kete tu dah hampir setengah jam, ngan ielham sibuk pulak ngantok sbb dari pagi td tak tido2….pas daddy dok try kereta tu dia dicide nak beli terus teruslah amik dan bayar kat counter….dah tu turun tingkat 1 gi mcd aku ttapau bigmac ngan fourdover grilled chicken, tunggu pulak lagi 20min sbb burger lambat siap….tunggu punya tunggu teruna ku dah resah kena pulak layan dia kat bear yang berjalan kat situ, nak bg dia mainkan menda tu lama sampai 5min per rm3 so tak jadi tengok2 ajer nanti mummy janji kita pergi naik tu…..macam kat jusco 2 minggu lepas ielham naik bear2 besar lagik…….dah siap sumer terus amik mak kat masjid rasah dan terus balik sblum tu singgah pasar basah sb beli barang dapur ngan barang angah nak buat satey mlm ni…..

ohhh..begitu, begini……

disebabkan semalam mendobi baju arini kena lipat baju le plak…hehhehe daddy cuti umum hari ni so dia je yg tengokkan abang baby tido mummy kesana kemari CC lagi nak settlekan kain lagi hrrrrrrrrrrrrrrrggggggg….sakit peyut, kenyang ke makan chip more choc chocted td sampai 3keping….dah badan jadi cam tak bermaya…..gitu ke? sambil2 lipat kain tengok astro oasis jejak rasul mak cite macam2 pasal mekah…bestnya lah…bilalah dapat pergi ni, tak pun anta mak ngan ayah pergi ohhhhhh seronoknya……

td kirim mak nasi ayam…kang jap gi nak mamam nasik ayam tunggu abang baby bangun leh suapkan dia sekali, sbb perut ni macam dah kenyangpastu air putih pun dah banyak minum mata pulak jadik mengantookkkk huwaaaaaaaa janganlah mengantuk tak bestnya, kang badan tak bermaya nak2 abang baby bangun ohhhhhhhhhh tak sanggup nak berdukung je….

tp sedehlah sbb esok nak hantar abang baby checkup kat klinik pakar kanak2 GH Seremban, by monday plak abang baby masuk ward….syian anak haku, cemana agaknya riaksi dia nanti…..mesti nak tido payah, dah lah lasak sakan….cemana nih..mumy sedehlah abang baby cayang………….

bermula hari ini daddy cuti 6hari termasuk sabtu dan ahad ia disebabkan abang baby nak kena warded mula isnin, esok birthday daddy…tapi sedehlah sangat pasal mummy tak  berduit nak prepare ape2, berangan bolehlah macam-macam angan mummy nak buat sempena birthday dia tapi……huwaaaaaaaaaaaa memang tak akan jadi kenyataan tak pelah dah memang nasib mummy gini….redha dengan ketentuan Allah, jika suatu hari nanti Allah beri mummy rezeki untuk dapat pekerjaan dan mummy boleh simpan duit sendiri insyaALLAH demi insan tersayang mummy akan buat angan2 mummy tu jd kenyataan….

 abang baby pulak tak mo tido ptg td ni dah pukul 7.00 mlm baru dia merenggek ngantok karang entah pukul berapa bangun entah pukul berapa nak tido sedangkan esok nak ke hospital awal pagi….abang baby abang baby..hmmm ingat nak kirim kat adik kad birthday daddy dan cup kek leh juga kasik daddy suprise nak buat cane lagi tu je yang mampu…

harapan mummy agar hidup daddy sentiasa berada didalam dakapan lindungan Allah swt, dan sentiasa ingar bahawa tiada cinta lain dihati mummy melainkan cinta kepada suami, mummy amat merindui doa daddy dan kasih sayang dan kesetiaan mummy hanyalah untuk daddy seorang….

walauapa pun yang terjadi antara kita mummy sentiasa menggengam setia hanya kepada daddy…

hari hari….

hmmm sebabkan malam tadi abg baby tido, pagi tadi dia antara sedar ngan tidak mintak milk, tengok dia macam dah resah semacam..huhu kesyian anakku….mummy pulak pas buat kan milk dia terus lelan cam nak tertelap tengok2 daddy bangun pulak gi mandi, kena bangun iron baju gini….tapi lelap mata lagi mintak daddy kejutkan ke kiss ke huh leh blah dia terus gegas ke toilet….mummy bangun aje, amik baju yg paling senang nak digosok, letih tul lah abg babby takmo tido so mummy pun lum leh masuk tido gitu….

hari ni mendobi baju kerja mummy, dobi baju wawa & atok belum habis ampai lagi, jap gi nak angkat sume2 baju pastu nak sidai semula yang ada dlm mesin….. abang baby bangun semula kol 7.30 kejutkan mummy sbb dia dah uk uk….mummy cam malas nak mandikan dia lagi, terus mummy bersihkan ukuk dia dan pakaikan dia pampers,pastu bawak masuk bilik semula dan kemas bilik, abang baby sibuk kemaskan mainan pastu belek2 buku…semalam ada beli pa&ma belum dpt baca pun lagi ekkekekek abang baby pulak yang koyakkan 1 page geram tu tengok abang baby nih…..grrrrrrrrr…

pagi ni tadi internet tak leh connect nape lah entah, ngan kedit mummy takde nak call daddy ingat nak sparekan 1 tipon nak letak lm almari cc bila nak pakai sumbatkan aje kat situ leh mummy tipon daddy tp takut banyak bil pulak tenggoklah nanti malam nak gi fresco semula tukar baju ngan seluar yg baru beli mlm td sbb macam tak best lah pulak, nak carik yang kembang tu lah yang lawa tp confius nak beli yang hitam ke putih atau that purple yang mummy amik semalam cam cantik jeekkkk hehehehehehehehh ngabiss duit daddy….bukan ape yang bergetah semalam cam nampakan montot mummy bussyar…nanti daddy marah….kekekekekekekek…..

titik……titik perkiraan…bermula

abang babby sayang dah botak siket ni rasa macam lain jek, dah tak hensem cam dulu…alaahai syian tul anak mummy tu abang babby sayang ngan mummy kena marah ngan daddy pagi td , alah daddy tu sket pun nak marah…..abang baby sayang hari ni bangun awal benar kol 5.oo am dah kejutkan mummy pastu kita orang dok lepak kat atas katil sambil tunggu jam daddy bunyik……..mummy dok belek2 tangan abang babby nape lah titik tu takmo elok, geram tul tapi pagi ni dah pecah tak tau sama ada abang babby garu ataupun dia pecah sendiri…..dah daddy bangun dia mandi pastu mummy buat milo tuk dia, hmmm sempat jugak daddy makan roti+kaya+butter yang mummy buat sekeping pastu kebetulan angah ada buatkan nasik goreng kampung dia apalagilah..terus suh mummy amik piring….

siap makan daddy keluar abang babby yang tengah main rabbit cecepat kejar daddy sambil pangil dyyyy…diddyyyyy….pastu siap kembang tangan nak suh daddy dukung dia….hmmm abang baby abang baby…dah siap tata daddy kami masuk umah pastu tata kakak syahirah nak pisekolah pulak…..tattatataaa….

abang baby mandi awal macam nak pergi sekolah hari ni, dah siap mandi pakai baju pastu baca buku dah tu mummy nampak mata dia stim nak tido hahahahhaa, mummy buat milk lagi tp kali ni 5oz je cukup untuk lena kan dia….dah tido mummy kemas almari abang babby dan keluar nak bersihkan tingkap bilik yang macam tingkap kapal karam…sabar jelah tingkap penuh habuk ngan sarang labah2 dari luar…

hmmmm siap buat kerja pembersihan mummy siap nak mandi ajak wawa gi pasar, mummy pun nak settle kereta dady ngan bank in kan syiling CC, bosan betul mummy bila kakak2 teller bank yang poyos sakit hati mummy bila deorang sesama deorang cakap pasal bank inkan syiling….alah malas buat kerja cakap jelah pasni mummy nak gi BSN pulak atau tabung haji bank in kan syiling situ hisssssssss gerammmmmmmmmm….

penat tul hari ni ngan abang babby asyik nak berlepas je sepanjang kat bank ngan pasar syian wawa penat pegang abang babby pasni biar mummy kuar sorang2 tinggal dia kat umah…heheheheh yang mummy plak sibuk nak beli baju pagi td daddy bagi duit suh beli baju mengandung, uhhh tak minatlah ada lagi rm50 sebab td dah beli 2helai baju 1 tshirt 1 lagi baju mexci…nanti nak carik baju lagik 2 helai kalau mencukupi duit tu lagipun mummy this week akan sibuk nak hantar abang baby kat GH seremban sb appoitment opperation dia…sungguh pedih hati mummy abang babby sayang kena kuat….abang babby kena kuat dan tabah….ok banag babby mummy love you….dadddy work arini lum balik lagi skrang mungkin petang sbb dia kata pengarah baru dia nak datang….hmm mintak2 daddy jangan lupa GL untuk abang babby……

ielham..ielham….

pagi ni tadi,abang baby ielham bangun kejutkan mummy lagi, nak milk, nak milk…pukul 5.30am nasib baik dia tak tangis tapi mummy bangun pas bg his milk untuk ke toilet dia cry pulak hadoiii biarkan ajelah suke gitu..pastu tidor balik sampai tak bangun ke sudah solat subuh teruk betul……

bangun 7.45am terus gegas2 kemas dapor dah tu buat bfast daddy, nasik goreng kampung ngan daging burger pastu ada wat sosej roll..mummy makan dunkin donut lebih semalam….ada 2 tapi pelik nape donut tu dah tak gebu cam selalu……hmmm pastu mandi ielham, layan2 daddy terus pi mandi…

masuk bilik semula nak pakai baju , tengok ielham tengah bergayut ngan daddy nak dido konon nampak mummy terus senggeh2 buat lawak, daddy kata nak pi gunting rambut bawak ielham sekali ok lah terus siap mintak2 ielham nak lah gunting sekali…harap sanggat…..

sampai kedai tu alaamakkkk ramai orang duduk kat sit menunggu pas tu ada babby botak dtg dok sebelah yang si ielham buat dek je pastu buat2 macam dah besar nak salam babby tu, baby tu plak asyik gelak je baik tul budak tu…..daddy tengah gunting ielham asyik panggil daddy….didiiy…..ntah hape2 sampai puas dan senak perut mummy dukung dia….last2 daddy sudah gunting terus amik dia pangku bila mamak tu amik mesin rambut terus dia melalak bagai nak rak yaAllah Yatuhan sabar jelah……nengis yang tak pernah didengari ni…pandai betul dia autar……last last rambut dia jadik lah macam rambut askar…..lawak betui sampai rumah terus orang gelak kan dia shaolin scoker….pasni kena prepare beli mesin rambut tu sendiri….lantaklah nak melawa macamana lagi dah tak boleh…..nasib badan lahhhhhhhh….mummy y ang geram dah tu lupa plak beli air mineral kat seven elevent susahlah nak telan air tak cantek hujan2 ni mula lah air paip jadi cam kotorr…hmmmmmm niat hati nak bersihkan kereta td sbb ada rambut jap gi tengoklah lagipu tangah panas rembang ni kang tak pasal haus gitu, dah lah air mineral out dah kat umah….jap lagi pas adik siap mekup myv dia haku pulak nak kemas mahindra tu….huhhh bila lah kete kecil nak balikni asyik naik kete gajah tu jek…boring!!!