ielham warded….

isnin, 28.01.2008

hmm pagi semalam aku terjaga awal tengok2 jam pukul 5.30pagi, hmm cadang nak bangun lewat siket tido semula sedar2 dah pukul 6.45am, bising dah kat umah sbb angah ada ngan anak2 dia lagi, aku bangun terus solat subuh pastu cecepat kemaskan skit2 bilik sblum kua , kol 7.30 sunyi sepi dah kat luar aku kemas dapor pulak yang bersepah bagai nak rak sebab biasalah bila dah ramai kat umah tu apa lagi cawan2 ngan pingan mangkok banyaklah yang tak berbasuh,dengar2 abang baby dah ketuk2 pintu, pastu darling pun dah bangun aku jengok kat pintu bilik kejap tanya daddy pukul bape nak peri hospital, dia kata arround pukul 10am lah…hmmm sibuk betul ngan wrestling dia kat channel 20 huh…..tanya nak bfast ape dia jawab cekodok dah ada tak payah masak lagi ok lah….

amik abang baby pulak tengok selesema makin banyak, alamakk sure hari ni kena balik kot…..siap2 kemas rasse sayu tetiba tengok abang baby asyik perati aku kemas hari ni rasa ralat pulak nak marah dia YaAllah bantulah aku….tabahkan hatiku……mak keluar bilik dan ajak ke pasar oklah terus aku pakai tshirt ngan sua terus sarung tudung pulak ngan tak mandi start2 kete minyak mahindra pun dan E chennel…hohoooooo kena singgah shell lah gini, masuk semula abang baby dok cry memanjang….sesaper pun tak dulik kat dia aku ambil bawak masuk kete…pastu minta duit minyak cari2 warlet hubby tak ada pulak huhh amik duit CC rm 50 dulu….isi minyak…

balik dari pasar hubby dah siap lengkap pakai baju dok tunggu aku ngan anak terus bagi baju kat dia siapkan ielham, dia tak banyak noty ngan daddy senang aje nak pakai baju tp kalau ngan mummy alamatnya 1/2jam baru siap pakai….kekkeek amik soya dlm freezzz bagi hubby sbb beli dia nasi lemak aku pun makan dulu kang kot2 lapa payah pulak….hehehhe dah siap terus bawak beg baju, beg toy, beg mummy, bakul milk ielham keluar letak atas meje sofa, ielham pulak sibuk dok kerjakan beg spounge bob dia pijak2 kat situ sabarje lah anakkku….

POST KAT PCM……

alhamdulillah anak saya mohamad ielham iskandar dah discharge pagi ini, tapi belum selamat menjalani pembedahan sbb ielham ada komplikasi dan masalah kesihatan yang agak teruk, dia tiba2 dapat selesema dan batuk dengan itu operation tu dibatalkan dan dipostpone pada satu tarikh, pada awalnya 24 april tetapi pada mase itu saya pula tengah berpantang so SOPD hospital bagi tarikh 15mei untuk ielham buat semula 3step checkup kat pakar pembedahan tu…..

ielham ada masalah ( underscanded testis) iaitu testis sebelah kanan dia yang tertinggal di bahagian bawah perut, walaupun dia tak banyak masalah tapi lama kelamaan dia akan bagi effect teruk sbb testis yang tinggal kat situ akan membesar dan bagi effect pula kat usus dia bila dia besar nanti……..

saya berterima kasih pada kawan2 yang sudi mendoakan anak saya, semoga Allah membalas budi dan jasa kalian…….nampaknya masalah saya masih belum selesai….. dan ielham perlu bertahan sementara menunggu tarikh lain dan saya amat berharap pada masa itu ielham akan sihat dan tiada lagi penangguhan untuk dia…… senyum dan kat sini saya nak berkongsi pengalaman sehari saya kat wad pembedahan kanak-kanak…….

ielham mula sampai masuk wad dia mula menangis tak henti henti sbb dia nampak ramai baby2 menangis ada pula yang pandai bercakap meraung panggil mama…sakit, yaAllah macamana lah saya nak bertahan, dia dapat bed no 7 di bahagian bilik yang terakhir dimana ia sebelumnya ada pesakit baru sahaja keluar masa kami mendaftar masuk, nak letak tak boleh nak dukung dia meronta-ronta….bila nampak daddy dia dia terus dyy…dyyy….sbb saya masuk dlm wad daddy dia masih kat kaunter untuk settle GL dia…..
ielham tak mahu duduk kat katil tu, tak mahu minum susu, tak mahu mainan yang memang saya bawa dari rumah, tak nak kat fav ball dia sume2 tak nak, akhirnya daddy ielham dukong bawak keluar wad tu, dia sementara saya kemaskan barang dia, dah siap masukkan barang dlm drawer tu saya call hubby mintak bawa ileham masuk sbb saya mandikan dia, masuk wad semula dia menangis kuat….nak tak nak saya terpaksa juga buka baju seluar dia dan bawa dia ke toilet terus mandikan dia kat singki, bila bagi pegang sabun dia senyap sekejap, main air lagi….pastu dia dah mula ok lah…..dah balut dengan towel dia saya bawa keluar semula ielham asyik pandang kat baby sebelah bed dia tu main2 lepas tu panndang daddy, pastu nangis semula, saya minta hubby pakaikan diapers dia dan pakai baju dia….sampai pukul 3ptg doc dtg check masa tu dia masih ok…namun dah ada tanda2 dia nak dapat selesema….
tiba ptg lagi datang sorang lagi doc dari agnes klinik iaitu doc pakar bius….dia beri penerangan pada saya dan macamana keadaan ielham mase kat bilik pembedahan tu nanti, saya menangis depan doc tu tak dapat nak bayangkan, dah selesai tu hubby pesan kat saya kalau banyak menangis maknanya saya tak cukup kuat dan taknak bagi anak saya sihat, hubby suruh tenggok keadaan budak2 baby2 kat sana ada yang lebih teruk dari ielham…..saya tersentuh ngan kata2 dia….memang betul saya lihat ibu2 kat situ semua biasa je walaupun anak2 mereka menangis, ada seorang ibu yang duduk berhampiran dengan katil ielham anaknya merengek sbb demam asyik menangis sama macam ielham tapi ibu itu sabar jek….dia pun batal opp sbb anaknya tak sihat….yang dihadapan katil ielham pula anaknya akan menjalani pembedahan buah pinggang sbb 1 daripada buah pinggang dia tak berfungsi…… lagi berat seorang kanak2 tu ada kanser kat bahagia tekak nya dan kanser tu dah mula membengkak…….yaAllah permudahkan segalanya untuk ibu2 itu juga…..

Alhamdulillah… sehari kat wad ini menyedarkan saya bahawa saya masih beruntung dari ibu2 kepada anak2 yang punyai masalah yang lebih besar dari anak saya…dan saya akan cuba bertahan dan kuatkan hati saya demi ielham….saya tak sangka pulak kami pulang ke rumah tanpa penyelesaian……..dlm kereta ielham tido nyeyak sangat sampai tak peduli sesiapa …………….daddy dia kata apalah ielham nih, habiss cuti daddy…heheheh ITULAH MASALAH AKU TAK HABIS2 NAK MENANGIS TD WAKTU BUAT APPOITMENT BARU TU PUN HAMPIR2 NAK MERAUNG DEPAN NURSE TU MESTI HUBBYKU MARAH…HEHEHHE

ielham mummy ngan daddy cuba usahakan kalau2 ada rezeki ielham nak buat operation tu kat hospital swasta yang lain, insyallah semoga Allah membantu kita ye sayang, sabar ye anak mummy baik sanggat….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s