Archive | February 2008

checkup adik baby…37weeks

wooowwwwwwwww tup tup dah 37week adik baby mummy, sayang dia….mummy harap adik jadik insan sempurna yang lahir untuk menjadi tunggak keluarga kita…..insan yang soleh dan bijaksana serta cemerlang dalam semua aspek kehidupan…

hehehehheeh firstnya mummy asyik miss checkup sejak akhir2 nih, banyak hal betul ngan abang baby…yang daddy pulak tak dok umah asyik sibuk nak pilihanraya…..syian pulak kat dia kerja pun dah ada shif sekarang nih….balik kol 12 malam balik kol 8 mlm…semalam daddy mc sebab demam lagipun daddy n mummy n ielham pergi office kaklang fiza sbb sign untuk keluarkan camry dia…waaaaahhh pas nih berdenggung lah kete maklang toyota camry…bestnya……hb mummy last check haritu kurang, last week kg pulak naik 1kg hari ni td ok maintain…hahahha payah betul nak maintain semua, lagipun mummy banyak tied lah ngan cc ngan abang baby letih tul…

harini td plan nak rebus baju daddy tapi sbb gas dah amik bawa ke kedai mak belikan baru tapi guna masak rendang…hmmm jugak dah settle baju adik baby letak dalam beg dia tapi nampak sungguh kecil beg tu macam tak puas hati….toiletaries belum beli nak beli set baby jondson pulak ngan babby oil yang besar nak bawak sekali, minyak yu yi abang punya ada lagi apa yang perlu nih?? hmmmmmm think? think?….

Advertisements

tied, tied, tied……………………………

hmmm melalui hari2 yang sungguh penat, sebab adik baby dah membesar sehingga mummy jalan pun macam pingu…awww dah lama tak tulis sini, windu tapi bukan tak mahu tulis bz bebenar ngan abang baby, ohhh ya nak tahu daddy pun bz sanggat taw, tiap hari balik malam, macam malam nih dia balik lewa malam….

nak diceritakan nih, abang baby punya gatal2 makin menjadi2 so mummy n daddy dicide hantar dia ke klinik pakar kulit kat seremban, ohhhhh tidak abang baby dapat penyakit scabies (kudis buta) penyakit nih bahaya susah nak elok, hmammmmmm mummy so worry…hari2 mummy cry bila time pakaikan baju abang baby, sedih tau…tengok kulit2 di ajadik gitu apa lah mummy nak ubat lagi…so treatment kat klinik tu kena rm87…3/3 ni kena datang next checkup mummy berdoa agar dia cepat sembuh mummy risau…..mummy sedih…daddy pun sama kami cayang abang baby..

atas nasihat doctor law tu sume2 baju abang baby kena basuh dan rebus…yaALLAH le tih betul mummy hari ni, ini baru baju dia blum masuk baju2 daddy lagi…so mummy beli gas mummy masak air kat situ…letih sungguh sampai tak larat nak bawak badan…..mummy tak puas hati kalau 2orang budak kat umah ni tak dihantar ke klinik tu jugak….mummy risau abang baby punya penyakit tak elok2….risauuuuuuuuuuuuuuuuu….

continue form kpj

hmmm nak sambung balik lepas abang baby keluar dari opp suite tu, mummy nangis lagik tengok dia kena dukung ngan daddy, dia nampak mummy terus miii…miii…miii hulur tangan dia mummy sedih sanggat tapi gembira banyak sbb anak mummy dah keluar daddy suruh mummy dukung dia, mummy takut nak ambil dia sbb takut pada luka dia, mummy kiss peluk dia mase tu tak tahu nak gambarkan, daddy suh jugak mummy ambil dia pastu mummy dukung jugak abang baby nangis mengadu sedu-sedu….syian bang baby sakit ke dia…mummy pujuk sambil jalan ke wad…mummy cakap abang baby baik, abang baby kuat….mummy sayang ielham…mummy rindu ielham….alhamdulillah abang baby sebenarnya masih dlm bius, tu dia macam mamai…mamai siket….sampai ke wad, dia dah fobia dok kat katil, mummy dok tido ngan di asekali nurse tu nak masukkan ubat kat tangan dia, abang baby takmahu,. nurse nak periksa heard bit dia pun dia tak mahu, last2 datang sorang CA tu dia buatkan jugak melalak anak haku, dah sambung wayar air ngan ubat2 dia balut tangan abang baby macam anduh tu, abang baby mengamuk jugak, mummy pujuk2 daddy pujuk2 diia ok jugak lelama, tambah2 bila nurse2 tu sume dah tak ada, dia main atas katil tapi mummy takleh turun katil tu, dok ngan dia , mummy rase nak pi toilet pun kena tahan sbb abang baby takmo duduk atas katil tu…syian anak aku,

datang pulak sorang nurse tu suh abang baby makan ubat daddy ambil ubat tu bagi abang baby makan dos 1 antibiotik, lagi 1 dos pain killer untuk dia sekali lagi abang baby mengamuk, taklama pas melasak-lasak sampai tangan berdarah-darah masuk kat wayar tu, cuak betul daddy…heheheheh berapa kali panggil nurse datang tapi pas betulkan dia kua gitu je….abang baby terdido lepas tu dapatlah mummy shower tukar baju, pastu datang pulak abah dia dari tempat kerja, daddy mase tu pun tertido jugak, syian daddy….kena kejut ngan abang ngah…borak2 perlahan sebab abang baby tido…..

sejam setengah lepas tu abang baby bangun, hmm sibuk nak bangun dari katil berdiri pun terhuyung hayang penat, mummy bbagi milk lagi daddy bancuhkan masuk ini dah 2 kali abang baby menyusu, lapar lah kot tapi mummy takut dia muntah, hahhaha yang paling lawak abang baby nak keluar tengok kat tingkap sbb tetiba bilik tu jadik panas, puas mummy kipas kan dia,…keluar heret sekali ngan dia punya besi tempat sangkut air yang berwayar tu, lama2 daddy turun nak pergi beli air nak minum, daddy beli air untuk mummy jugak, lepas tu abang baby mamak….mamakk dia nak air tu mummy pun bagi dia sedut air tu tetiba muntah, dady tarik muka masa, mummy cecepat tekan butang nurse, nurse datang mummy suh dia change blanket ngan cadar sume …dia cabut wayar kat tangan bang baby, kini anakku free….yahooooooooooo….pastu mummy bawak abang baby mandi tukarkan diapers di apastu pakai baju sendiri…abang baby punya syok ceria sampai takmo dok dlm tu asyik nak keluar je…berlari sana sini, sbb pakai shoe mickry mouse dia…mummy ngn daddy gembira tapi geram sbb nak mengejar dia banyak kali pulak./…..hehehheheehehhe

kami dua suami isteri sibuk tunggu doktor lee datang check abang baby dengan harapan dia boleh balik malam tu, lambat sangat last2 daddy keluar pergi cari doc lee, dia balik kat wad ngan muka masam sbb doc lee dah balik katanya…huhuhu sedihnya kami, takmolah dok sini, nak balik rumah….

tepat pukul 7.18pm gitu doc lee masuk….hmmm kami pun tersenyum lebar, dia check abang baby dan suh kami change diapers dia every 1hour…sbb takut air kencing dia terkena pada luka dia…hmmm bukan susah sangat….last dia kata i things he is ok, you can go home….tu yang paling kami tunggu2 cecepat aku kemas barang dan suh nurse tu buat cecepat bill dan segala bagai kami nak balik nih….heheheh siap bil mummy hert bang baby ke bawah tunggu daddy kat tempat bayar bill area farmasi, sbb daddy hantar barang mummy kat kereta…tak lama daddy datang bayar cuma 894.70 ke gitu lah…dah settle daddy kena naik atas amik kad abang baby mummy ngan poyo tak mo naik tas sbb malas nak naik2 lif sume, belikan abang baby belon mickey , suke sanggat dia, pastu daddy call suh mummy naik ats sbb kena buka anduh ngan tempat ubat dan dia punya tag nama kat tangan….kami bubbye nurse terus balik ke rumah…yang lawaknya bila sampai town seremban alarm kete daddy berbunyik, sampailah ke senawang, buat malu je comfirm kata kereta orang………….haahahhahahhahah singah pulak kat tempat baiki mahindra jumpa india tu dah settle pukul 9.30pm kami sampai lah ke rumah alhamdulillahhh….

kini abang babby dah sihat sepenuhnya, banyak belari lebih dari macam selalu, lasak giler sekarang ni, makin susah nak bagi makan ubat, alhamdulillah ku bersyukur kehadrat mu ilahi, aku bersyukur kerana limpah rahmat mu memudahkan segala kemusykilan dan kesukaran kami…aminn…

ielham at kpj a.k.a seremban medical centre…

with daddyielham before oppalhamdulillah semua yang ku tanggung menjadi beban dibahu yang kugalas selama ini telah terungkap segalanya, yaAllah maha besar kuasa mu dan aku amat bersyukur diatas segala limpah rahmat yang telah kau berikan kepadaku sekeluarga…

ielham warded pukul 7.35amlepas settle deposit rm3000, daddy mintak change ke double room sbb just + rm30.00 jek tp bilik sume full, ielham pun dpt bilik hujung seri delima, duduk2 kat bed dia dan suh daddy pergi minum syian pulak hubby ku tak bfast pagi td sbb kami keluar awal haripun masih gelap…abang baby kena puasa pagi ni, lepas bangunkan dia pukul 3.00am pagi untuk milk, puas jugak nak kejutkan dia, sampai daddy kena buka lagu kat hp dia baru dia pisat2 bangun…syian betul anakku, apalah yang membuatkan abg baby jadi begitu adakah salah mummy yang mengandungkan melahirkan dia yaAllah tabahkan hatiku kuatkan imanku dan kuatkan anakku supaya dia mampu menjalani dan menempuhi dugaan ini dengan sebagaimana insanmu yang paling tabah di muka bumi mu ini..memula doc lee datang kat bed ielham pukul 8.30 tu kebetulan daddy lum balik dari bfast lagi…dia tanya ielham macamana kondisi dia pagi tu, start puasa pukul berapa bla…bla…bla….pas tu dia ckp opperation arround jam 9.00am…hati mummy mulalah gusar dup dap, dup dappp….haiiiiiiiiiiiiii sungguh tak senang, hati…mummy benci situasi ni..benci….

daddy masuk balik kat bilik mummy cakap kat daddy doc lee datang cakap prepare arround 9.00am, daddy kata ok then, main2 ngan dia kat katil jam pun dah tunjuk pukul 9.15am…hmmmmmmmmm mummy mula risau tengok ielham peluk2 ngan dady…yaAllah annakku…tiba-tiba datang bebudak nurse bawak satu katil kosong yg so big untuk kanak2, mummy terus pamggil daddy…!! daddy toleh blakang hmmmm takpelah, ok pastu nurse tu panggil nama mohamad ielham iskandar ye? hmmm kami angguk2 ielham pandang jek, pastu leh gelak2 peluk kaki daddy…nurse tu hulur baju caler purple kat mummy suh pakaikan ielham hmmmmm start gitu ielham mulalah meraung mumy pun daddy amik baju kat mummy daddy letak ielham kat atas katil then cuba tanggalkan baju dia td, mummy dengan sedu sedan tu tanya nurse tu diapers nak tanggal ke tidak??bebudak tu refer pulak ke kaunter tanggal katanya jerit dari kaunter, berlari lagi sorang budak nurse suh tukar baju lain caler oren pulak ielham menangis2 mummy masuk toilet tak tahan sebak….hmmmmmm tologlah tak tahu nak explain cemana lagi perasaan nih…tabah;ah duhaii hatiiiiiiiiiii….

ielham dady dukung sbb takmo naik atas katil tu last2 sorang budak nurse tu amik wilchair suh ielham duduk pastu dia duduk situ sambil merengek gak, deorang mintak kat daddy envelope putih kpj yg ada fail copy surat ielham ngan sca bagai tu nasib baik bawak sbb semalam nurse2 tu exsen kate tak payah bawak sbb hospital dah ada copynya…huh…naik lif ielham takmo duduk lagi terus daddy dukung,mummy ry sepanjang jalan hmmmmmmmmm seih sanggat, biarlah orang lain nak nampak ke hapa, lantakle….tak malu pun mase tu…sampai kat opperation suite ceh kami masuk dlm tu pintu pertama je datang sorang nurse lengkap pakai baju bedah tanya sapa yg nak masuk?? mummy kata daddy je lah mummy peluk2 ielham cium dia tak puas rasanya…ngan air mata yang banyak tu ielham pun nangis sambil hulur tangan kat mummy daddy kena pakai baju oppertion tu jugak, dia hulur ielham kat mummy, mummy rasa nak bawak ielham lari jek masa tu, yaAllah, mummy peluk ielham dia kata myyyy…myyyy, takmo lepas, sbb dah tengok daddy nya lain pakai baju complete ngan cap tu…mase tu deorang bukak second pintu mummy lari kat luar, nangis lagi sampai sorang sister nurse tu datang suh mummy duduk kat waiting room, sambil pegang2 peluk2 mummy, dia tanya mummy wat derk jek….ingat Allah , baca alfatihah, ayat kursi tp takleh fokus sbb teringat kat ielham dalam tu…half and hour gitu daddy kua dari opp room terus ajak mummy gi kat waiting room another side yang lebih besar n selesa, dia kata ielham dah tidur kena bius lagilah mummy meraung, daddy buat muka lah lagi, bosan tak faham perasaan orang…huhuhu aku buat tak layan jek….tak boleh nak tahan macamana nak buat lagi…huhh!!

yaAllah sukar nak digambarkan perasaan time tu, cepatlah anakku…tabahkan hatimu….kuatkan imanmu jadilah sebagaimana anak yang soleh…

jam dah tunjuk pukul 10.50am tapi deorang masih tak panggil daddy lagi….kami dah dok tunggu kat depan opp. room tu td daddy tercangak-cangak tengok kot2 ada prang panggil….takdelak pun last2 11.15am deorang panggil parents mohamad ielham iskandar ada? cecepat kami bangun dan terus daddy masuk….30 min pastu daddy keluar bawak ielham alhamdullahhhhh aku bersyukur ke hadratmu ya Allah….terima kasih wahai tuhanku….

ku mohon…

hari kasih sayang ni mummy abadikan untuk daddy sorang ini doa mummy supaya ikatan ini berkekalan sepanjang umur kita…mummy cintakan daddy sepenuh hati mummy…………….

doa seorang isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Hari ni kami ke KPJ lagi buat scan untuk abang baby….dah siap scan sume kami comfirm tarikh opperation tu esok, sesungguhnya tak sanggup nak berhadapan dengan situasi ini sesungguhnya ku mohon kekuatan darimu ya Allah selamatkan annaku, kasihani dia, jadikan dia insan yang paling tabah dan kuat mengharungi dugaan ini…ya Allah bantulah kami yaAllah…..ku mohonnnn….

tied…

hari ni penat habiss, sbb pagi bangun mengadap kelasakkan abang babby , pastu terkocoh mandi iron baju abang baby sbb hari ni ajak daddy gi klinik pakar kulit dia nak buat treatment abang baby and his daddy…..memula gi tengok mahindra kat pusat servis dulu pastu tengok enjin kete tu dah terbarai so tak tahu bila siap, terus ke KPJ untuk buat appoitment opperation abang baby….aku salah jugak sbb sepatutnya explain kat pa doc tu pasal apa yang telah doc tu discuss ngan hubby last 2 week….hmmm nyesal le plak, so takpelah hubby amponkan hehehehehehehehehhe

lepas gi KPJ kami gi makan kat A&W tak makan le sanggat sbb nak kua dari umah tadi dah makan, dah makan nasik lemak ayam, aku makan roti +peanut buttercup ngan nasik goreng paprik angah bawak, ok jugak sbb rasa sedikit masam memang aku suka….kat situ aku amik double chees burger + large fload + potato untuk hubby n chees burger + regular flaod untuk aku and nugget untuk abang babby…awww cedappp itu fload….sungguh sedap……very very yummmyyyyy

so kereta mahindra tak tahu bila siap nasib baik hubby tak lupa amik kad touch n go dia bukan ape takut cicir masa deorang servis kete tuh….hehheh lam kete si kecik tu punyalah melasak dahlah bawak kereta orang aduiittt esok kami kena pi kpj lagi untuk hantar abang baby scan testis dia….ok…

gatal….

pagi buta nih, mummy bangun check abang baby, syian dia cry tak leh tido ingat ke diapers basah tapi rupanya seluar dia yg basah….dengan poyo dan malasnya mummy tukar seluar ngan diapers sekali pastu cari stokin untuk dia pakai sbb sejuk plak terasa….abang baby still xdpt tido mata lelap tp tanga asyik pegang leher telingan ngan bada dia…pastu renggek, gatal rupanya…memang bintik2 gatal tu banyak kat lengan ngan tangan dia, aduhaaiaiii syian anakku, entah apa alahan yang dia dapat daddy pun ku tengok menggaru sakan, ye tak ye aku cakap cream alahan tu sapu pada abang baby, sapu pada daddy huhhhhhhhhh 20 minit dedua dah lena…..gerammm betullah, mana lagik klinik aku nak pergi buat rawatan tuk kesayangan ku yang dua orang nih, tension aku lah sbb budak2 (anak saudara) kat umah ni sume ada penyakit nih, tak tau jangkit kat abang babby….geram lah sbb selalu suap abang baby makan itu ini, mana aku nak g untuk solve this problem i realy BENCIIII thissss…..tak suka….