ielham at kpj a.k.a seremban medical centre…

with daddyielham before oppalhamdulillah semua yang ku tanggung menjadi beban dibahu yang kugalas selama ini telah terungkap segalanya, yaAllah maha besar kuasa mu dan aku amat bersyukur diatas segala limpah rahmat yang telah kau berikan kepadaku sekeluarga…

ielham warded pukul 7.35amlepas settle deposit rm3000, daddy mintak change ke double room sbb just + rm30.00 jek tp bilik sume full, ielham pun dpt bilik hujung seri delima, duduk2 kat bed dia dan suh daddy pergi minum syian pulak hubby ku tak bfast pagi td sbb kami keluar awal haripun masih gelap…abang baby kena puasa pagi ni, lepas bangunkan dia pukul 3.00am pagi untuk milk, puas jugak nak kejutkan dia, sampai daddy kena buka lagu kat hp dia baru dia pisat2 bangun…syian betul anakku, apalah yang membuatkan abg baby jadi begitu adakah salah mummy yang mengandungkan melahirkan dia yaAllah tabahkan hatiku kuatkan imanku dan kuatkan anakku supaya dia mampu menjalani dan menempuhi dugaan ini dengan sebagaimana insanmu yang paling tabah di muka bumi mu ini..memula doc lee datang kat bed ielham pukul 8.30 tu kebetulan daddy lum balik dari bfast lagi…dia tanya ielham macamana kondisi dia pagi tu, start puasa pukul berapa bla…bla…bla….pas tu dia ckp opperation arround jam 9.00am…hati mummy mulalah gusar dup dap, dup dappp….haiiiiiiiiiiiiii sungguh tak senang, hati…mummy benci situasi ni..benci….

daddy masuk balik kat bilik mummy cakap kat daddy doc lee datang cakap prepare arround 9.00am, daddy kata ok then, main2 ngan dia kat katil jam pun dah tunjuk pukul 9.15am…hmmmmmmmmm mummy mula risau tengok ielham peluk2 ngan dady…yaAllah annakku…tiba-tiba datang bebudak nurse bawak satu katil kosong yg so big untuk kanak2, mummy terus pamggil daddy…!! daddy toleh blakang hmmmm takpelah, ok pastu nurse tu panggil nama mohamad ielham iskandar ye? hmmm kami angguk2 ielham pandang jek, pastu leh gelak2 peluk kaki daddy…nurse tu hulur baju caler purple kat mummy suh pakaikan ielham hmmmmm start gitu ielham mulalah meraung mumy pun daddy amik baju kat mummy daddy letak ielham kat atas katil then cuba tanggalkan baju dia td, mummy dengan sedu sedan tu tanya nurse tu diapers nak tanggal ke tidak??bebudak tu refer pulak ke kaunter tanggal katanya jerit dari kaunter, berlari lagi sorang budak nurse suh tukar baju lain caler oren pulak ielham menangis2 mummy masuk toilet tak tahan sebak….hmmmmmm tologlah tak tahu nak explain cemana lagi perasaan nih…tabah;ah duhaii hatiiiiiiiiiii….

ielham dady dukung sbb takmo naik atas katil tu last2 sorang budak nurse tu amik wilchair suh ielham duduk pastu dia duduk situ sambil merengek gak, deorang mintak kat daddy envelope putih kpj yg ada fail copy surat ielham ngan sca bagai tu nasib baik bawak sbb semalam nurse2 tu exsen kate tak payah bawak sbb hospital dah ada copynya…huh…naik lif ielham takmo duduk lagi terus daddy dukung,mummy ry sepanjang jalan hmmmmmmmmm seih sanggat, biarlah orang lain nak nampak ke hapa, lantakle….tak malu pun mase tu…sampai kat opperation suite ceh kami masuk dlm tu pintu pertama je datang sorang nurse lengkap pakai baju bedah tanya sapa yg nak masuk?? mummy kata daddy je lah mummy peluk2 ielham cium dia tak puas rasanya…ngan air mata yang banyak tu ielham pun nangis sambil hulur tangan kat mummy daddy kena pakai baju oppertion tu jugak, dia hulur ielham kat mummy, mummy rasa nak bawak ielham lari jek masa tu, yaAllah, mummy peluk ielham dia kata myyyy…myyyy, takmo lepas, sbb dah tengok daddy nya lain pakai baju complete ngan cap tu…mase tu deorang bukak second pintu mummy lari kat luar, nangis lagi sampai sorang sister nurse tu datang suh mummy duduk kat waiting room, sambil pegang2 peluk2 mummy, dia tanya mummy wat derk jek….ingat Allah , baca alfatihah, ayat kursi tp takleh fokus sbb teringat kat ielham dalam tu…half and hour gitu daddy kua dari opp room terus ajak mummy gi kat waiting room another side yang lebih besar n selesa, dia kata ielham dah tidur kena bius lagilah mummy meraung, daddy buat muka lah lagi, bosan tak faham perasaan orang…huhuhu aku buat tak layan jek….tak boleh nak tahan macamana nak buat lagi…huhh!!

yaAllah sukar nak digambarkan perasaan time tu, cepatlah anakku…tabahkan hatimu….kuatkan imanmu jadilah sebagaimana anak yang soleh…

jam dah tunjuk pukul 10.50am tapi deorang masih tak panggil daddy lagi….kami dah dok tunggu kat depan opp. room tu td daddy tercangak-cangak tengok kot2 ada prang panggil….takdelak pun last2 11.15am deorang panggil parents mohamad ielham iskandar ada? cecepat kami bangun dan terus daddy masuk….30 min pastu daddy keluar bawak ielham alhamdullahhhhh aku bersyukur ke hadratmu ya Allah….terima kasih wahai tuhanku….

Advertisements

2 thoughts on “ielham at kpj a.k.a seremban medical centre…

  1. salam nur..saya fiza pcm yang tye pasal operate ni..

    bila baca apa yg nurr tulis ni rasa takut plak saya..tp nk buat macam mana..
    kene redha je lah yg anak nak kene operate..
    antara saya dan hubby, saya yang akan masuk kt bilik bedah tu..
    sbb hubby tak bleh dgr anak dia nangis2 cam tu..kang tak pasal2 hubby bergaduh ngan doktor..
    makanye saya je lah yg kene masuk skali..saya terpaksa kuatkan semangat saya…
    tp perasaan saya masa tu maybe sama macam nurr kot..
    sure saya akan menitikkan air mata saya…
    harap2 ok lah pembedahan tu nnt..

    • ehhh fiza….hmmm tu lah saya bercerita melalui pengalaman saya, hubby saya mmg strict siket orgnya, mmg awalnya saya weak sgt2, puas saya tahan tapi tak boleh lah fiza…saya harap awak kuat dan tabah, jangan jadi macam saya, saya harap agar pembedahan anak awak akan berjalan dengan baik…untuk kebaikan dia masa depan mereka juga, sekarang ielham sihat sgt2 , dan kat tempat tu tak berparut pun, dan testis dia tak ada timbul2 lagi masa mandi…
      saya doakan anak fiza pun akan jadik macam ielham…..dan awak tabah kan hati ye….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s