Archive | April 2008

entah??

mummy ngan adik baby tinggal kat umah while daddy bawak deoarang pergi jalan2 yelah…awak berpantang, tu yg kata dapat anak sama-sama pantang sorang2…tak kisahlah janji deorang bahagia biar aku menangung luka…kekeke….

mummy tak kisah lah siang td pun mummy jaga cc, tp income tak byk today, si umar dtg ptg td mase mummy tgh sidai kain…dia sakit kaki rupanya…syian pulak kan?? dah potong rambut si umar tu…

oh ya…abg yung td pergi kpj chekup last nanti tak perlu dtg lg sbb dia dah smbuh, alhamdulillah syukur mummy kpd Allah, semoga Allah tetapkan yg terbaik buat abg yung dan adik baby..mumy sayang both of anak2 mummy…

abang yung meet mickey

hahahhahaaaaaaaaaa gambar lama abang yung mase bawak dia jalan2 ke jj seremban2 dulu, masa tu adik blum lahir tunggu hari je, suka sunggu mickey sekali his maksu sangkut dia kat pipi mickey mouse…

abang yung & scabis

bosan sungguh lah…kenapa payah sangat nak hilang? sampai jangkit2 kat adik baby, sakit betul hati mummy sayu sunggu tengok badan adik yg dah tumbuh bebintik…benci…semalam bawak adik baby ke klinik dayang untuk sahkan menda tu..yaAlllah bantulah kami, aku memohon agar penderitaan kami dikurangkan hapuskan scabis kat dlm rumah ni yang membelenggu jiwa kami anak beranak….mencikkkk….

ielham vs izzach

ielham iskandar date of birth is 20.11.2006 izzach izzudyn is 21.03.2008
ielham iskandar weigh on birth is 3.2kg but izzach is 2.55kg

ielham iskandar 1 month vs izzach izzudyn 1month

weight 4.6kg vs 3.6kg
head 36.5cm vs 34cm
chest 36cm vs 34cm
long 56cm vs 52cm

ielham 1 month

iazzach 1month

ielham iskandar with mummy

izzach izzuddyn with mummy

now izzach is 1month

hehehheeh annakku dah besar, dulu kecikkk jek 2.55kg dan sekarang naik 1.1kg menjadi 3.6kg…baju2 besar pun dah banyak yg muat, cantik je pakai…menyusu pun dah kerap, tapi air susu mummy cepat sgt keluar kenkadang tersedak sedak dia…adik baby manja mummy , manja abang…manja daddy tp daddy selalu kata adik nguss…adik yg hanggus…jahat…

adik ni tak banyak ragam…memang baik jenis macam abang yung dia…dulu ielham is so easy to manage sampailah dah pandai merangkak baru tau dia lasakkkkkk…kekekekek rindu kat abang yung dedulu…
mummy tiap hari bagi adik dengar ayat al-quran tetambah daddy belikan speaker baru tuk kitaorang dlm bilik nih, haiyoooo abang yung is so happy bila tengok mickey atau ultraman lawan kat pc nih….
mummy nak adik pandai baca quran ye dik…..

my new prince….adik baby

,alhamdullah….setelah 9bln 9hari membawa perut, mohamad izzach izzuddyn selamat dilahirkan ….syukur…
2hari sebelum tu sibuk ke bank bank induit kereta, duit cc, change syiling,pastu teris pergi carik barang mummy yang tak sempat beli waktu shopping2 dulu,ielham pun tinggal sbb drive sendiri daddy pun tak dapat nak ambil cuti sebarangan…ielham pun dah kuat merenggek masa ni,susah hati tengok dia, mlm2 takmo mummy….nak daddy aje, agaknya panas tidor ngan mummy kat atas katil kot, sbb mummy dah bobot…
sepatutnya izzach due 22hb tapi mummy berdoa dia keluar lebih awal, trauma mummy mase pegnen abang dulu overdue kena memarah ngan doc…takmo lagi lah…20hb mlm tu mummy dah rasa sakit senak-senak gitu, pastu mummy mintak izin daddy tidor cepat daddy layan ielham kat luar,ip tak boleh nak tidur, mummy keluar semula sembang2 mak, daddy sambil tengok ielham, ielham terlena kat tepi daddy….pukul 1.00lebih macamtu baru kami masuk bilik… pukul 3am mummy sedar eh….sakit ni…mummy bangun gi toilet cek tak de apa-apa terus amik pad pakai takut kang keluar tanda…
subuhnya bangun macam biasa solat, dah sakit ,masa tu cakap kat daddy gi la office mummy lambat lagi ni, daddy takmo…daddy dok layan pc dia macam biasa, pastu mummy tinggin nak makan nasik lemak yg biasa mummy beli kat pekan chengkau, daddy amik kunci kete terus bawak ielham yg belum mandi start enjin kete…daddy masuk suh mummy siap…yeayyyy…tp sakit nih…hhhehehe
8.00 pagi mase tu terus pergi, dlm kete tengok jam, sakit every 15min…tiba sakit tu yaAllah daddy pegang belakang mummy, sampai kedai tu tutup….kecewa betul terus gi rembau, dapat jugak nasi lemak tu setelah tunggu kat situ 30min…walaupun sakit exsen takmo duduk takut kang payah nak bangun….
kat umah makan macam biasa…mak nampak cam peluh2 tanya sakit ko?? mummy jawab haah..siket2 tak nak gi hospital lagi tunggu turun tanda ye mak…kuikuikui….kol 10.00pg tu daddy bawak barang2 masuk kereta….dan tanya mummy nak pergi ke idak?? mummy geleng lagi…
sampailah petang dlm pukul 2.00 rasa serba ,tak kena,mummy mandi…syampoo rambut…nak baring, sakit, nak bangun sakit, nak lelap mata pun tak boleh, tp sempat gak lah lena 1jam gitu bgn sbb ielham merenggek daddy, mummy still leh kontrol, ielham always ngan daddy, mandi daddy, milk daddy…nasib baik daddy tak kerja harini…terus sampai pukul 8.00malam, ewahh sakit dah every 5minit, mummy cakap kat daddy mak masuk dari kedai bawa nasi goreng hailam, mak suh makan, mak buatkan air milo….mak tanya nak apa lagi tak?? nak jawap pun tak larat….tp tak turun tanda….daddy kata jom je pergi….mak pun kata camtu….lain pembawakkan tak tentu jugak…pukul 9.30mlm siap nak pergi tak boleh tengok ielham mesti air mata meleleh, dia pun sama…myy myyy….tunjuk tangan nak mintak dukung….mak su peluk ielham….pas mummy salam mak ayah, daddy kiss ielham…mummy dah tak boleh pandang dia langsung terus daddy tarik tanggan mummy masuk kereta…dlm kereta tak cakap ngan daddy dlm hati asyik baca doa nabi yunus, ayat kursi selawat memacam lagi sambil sms adik kat jelebu….sampai kat depan padang KGV mummy minum air kopi mak bekalkan mak kata bagi mudah bersalin….sampai hospital terus admit labour room sbb dah bukak 5cm…masa nak seluk tu yaAllah sakitnya, sakit….sgt macam nak tendang doc cina tu…kekekkeke …masa kena tolak ke labour room mata mummy carik daddy nurse yg tolak tu kata husband awak pergi register ward…sampai kat dlm ada sorang ibu tengah meneran….jerit2 juga…mummy diam aje…dah naik ke katil ada sorang doc practikal masuk kat bilik mummy tu…habisslah haku….doc tengok, dia tengok doc seluk dia pun seluk adussss sbb dah sakit lantaklah…..doc cakap 5cm dia pecahlan air ketuban pastu pasang CTG…pastu dia dan ramai nurse tu tinggalkan mummy kat bilik tu mummy rasa dah nak meneran sesangat terus mummy jerit doc…bergegas doc tu datang tengok ehhh…dah nampak kepala babby, deorang terus letak alas sambil kata nanti jangan teran lagi, mengelabah deorang…..datang sorang doc pompuan pegang belakang mummy cakap sabar, pastu naikkan katil mummy dan kata push…dua kali push keluar dah baby tu…alhamdulillh suma sakit hilang…dan mummy tak kena jahit, thanks izzach….sbb mummy ada tenaga lagi lepas lahirkan dia,daddy?? bukan hilang tak sempat nak masuk temankan mummy sbb bila dia menjengah ke labour room terus doc2 tu kata dah selamat, patut pun mummy dengar suara dia tp masa tu mummy tengah susukan izzach..hehheh syian daddy…
sekarang izzach dah sebulan 4hari..dah besar dia, tak banyak ragam alhamdulillah…syukur baik sgt dia nak susu jek bunyik2 nagis siket2…..cuma yang meragam abang long dia…tiap2 hari kena cubit….very noty, sekarang dia dah macam close ngan adik, bangun tidur kiss dahi adik, kalau adik nangis mengelabah carik mummy kat dapur kat bilik air sambil mulut mengomel myymyyy dekk dekk…kalau dulu asyik geram nak kasi tumbuk dan penampar kat adik pastu selalu melompat-lompat atas katil mummy melambung2 badan adik berombak-ombak…lawak tul mamat tu……hehehehhhe

adik first day

mummy….first day have two son