ulser..awwwwwwwwww

ada menda nih kat mulut sebijik, sakitnya..nak makan apa pn kena pakai sudu alamatnya sbb pedih baru 2 hari kena , angah ada bg cream oilmen semalam ok ke tak mase pakai ok je lah…klu tak ok esok kena carik bonjela…ok mummy pakai time study2 dulu kejap je elok pakai sekali dua je bonjela nih…..nanti tak ok nak try lah…

ada search entry pasal ulser jom kita nengok apa mummy jumpa ekk…..

ULCER MULUT (ULSER AFTA)
Ulser Afta merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.

Apakah puncanya?

Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :
i.Stres
ii.Perubahan hormon
iii.Jangkitan
iv.Kekurangan zat makanan
v.Alahan
vi.Rawatan radiasi
vii.Rawatan kemoterapi

Apakah masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut?

Ia sering dihubungkaitkan dengan :
i.Rasa membakar di dalam mulut
ii.Kesakitan
iii.Ketidakselesaan yang berpanjangan
iv.Hilang selera makan
v.Demam

Berapa lamakah ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 – 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 – 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.

Perhatian yang perlu diambil jika mengalami ulser mulut

Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.
Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?

Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :
i.Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
ii.Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
iii.Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
iv.Makan makanan yang lembut.
v.Kurangkan makanan pedas dan berempah.
vi.Minum air secukupnya.

memang sakit ngan ulser nih, pedih je, tambah2 klu bibir kering mmg banyak minum air…nak marah je rasenya sakit ulser nih tambah2 klu ada yang buat hal mmg sakit hati je bengkak lagi mulut nih…..sakitnya….

Advertisements

One thought on “ulser..awwwwwwwwww

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s