Archive | April 2009

daddy & MUET…..

esok daddy test muet..
hadoiii mummy plak yang tak lena tido mengigau kan daddy
semoga semuanya berjalan lancar ye sayang
adik asyu pun sama i pray for both of u get the best band….
may Allah bless u two
good luck daddy….

STEP…skim tabung ekonomi belia

“saya bukan along, saya cuma nak tolong” tak pasti word ni benar ke tidak….ahahhahahahah

huhuuuu comfius betul bila dah dapat borang nih, macam2 yg dia nak tp lebih kurang sam je lah ngan pinjaman peribadi bank rakyat…apa2 pun tq en din sbb dah sudi layankan saya yang tak seberapa knowlageable ni
dapat borang smlm sbb en din sugget suh apply untuk cc, ingatkan apa lah rupanya suah ya amat…
bg sesiapa yang request dan ada angan2 nak pinjam kat step nih bnyak menda yg kena buat tau..preapre ur self like i said bukan mudah sebenarnya…
aku dah buat paper work nih, dah tunjuk pd pegawai belia, skrg dia suh ssm buh nama kongsi kat izzach network, ok lah tengoklah macamana klu tak dapat banyak siket pun alhamdulullah sbb nak buh econd kat cc tu panas ya amat….so i have to do something…please help me pray or my happyness…uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Pendahuluan

1.1

Tabung Ekonomi Belia telah bermula pada 1987 – 1996 yang dilaksanakan sendiri oleh KBS telah memberi peluang kepada usahawan belia mendapat pinjaman untuk menjalankan perniagaan. Pada tahun 1997, KBS telah membuat kerjasama pinjaman dengan BSNC. Walaubagaimanapun pinjaman di bekukan semenjak tahun 2002.

Usaha telah dibuat untuk mencairkan semula tabung ini, maka pada tahun 2006, Pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah memberi persetujuan bahawa Skim Tabung Ekonomi Belia ini diteruskan dengan beberapa perubahan pelaksanaan kaedah pemberian pinjaman kepada para belia. (Ruj. Surat : (19 ) UPE.S 25/100/330 bertarikh 19 Januari 2006).
1.2

Pihak EPU menyarankan supaya :

* Kementerian Belia dan Sukan menumpukan perhatian kepada usaha membimbing belia dalam bidang keusahawanan.
*
Urusan pemberian dan kelulusan pinjaman diuruskan oleh Institusi Kewangan yang dilantik oleh pihak kementerian.

1.3

Pada 27 April 2006, Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) telah dilancarkan oleh Y.B Dato’ Azalina bt Dato’ Othman Said, bekas Menteri Belia dan Sukan di Institut Latihan Keselamatan Sosial, ESSET Bangi, Selangor.

Nama Skim

Skim Tabung Ekonomi Belia ( STEB ) dibahagikan kepada 2 :-

* Skim Belia Niaga (SBN)
* Skim Belia Tani (SBT)

Tujuan Skim

Skim ini bertujuan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada golongan belia yang menjalankan usaha niaga dalam pelbagai bidang. Kemudahan pembiayaan ini disediakan bagi memulakan dan menggembangkan perniagaan.

Agensi Pelaksana

Institusi Kewangan yang dilantik :

* Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) – Skim Belia Niaga (SBN)
* Agro Bank – Skim Belia Tani (SBT)

Had Pinjaman

Jumlah pinjaman yang dibenarkan bagi Skim Belia Niaga (SBN) dan Skim Belia Tani (SBT) yang disediakan adalah dari RM 5,000.00 hingga RM 50,000.00

Kategori Pemohon

* Kategori 1 ( telah berniaga dan mempunyai sijil )
Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan.

* Kategori 2 ( memulakan perniagaan dan mempunyai sijil )

Baru memulakan perniagaan dan telah mempunyai sijil yang berkaitan.

Kadar Bayaran Perkhidmatan
Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan ialah 4% di atas baki pinjaman
Syarat Pinjaman
Golongan belia yang layak untuk mendapat kemudahan pinjaman adalah seperti berikut :
* Warganegara yang menetap di Malaysia berumur antara 18 – 40 tahun. (Minimum umur pemohon adalah 18 tahun dan sebelum mencapai umur 41)
* Tujuan permohonan adalah untuk memula dan mengembangkan perniagaan.
* Permohonan pinjaman adalah secara individu dan menjalankan perniagaannya secara sepenuh masa.
* Seorang sahaja antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.
* Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang.
* Lulusan IKTBN/IKBN diberi keutamaan bagi memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan.

Syarat-Syarat Penjamin

*
Pinjaman RM 5000.00 – RM 15,000.00 ; TIADA PENJAMIN
o
Peminjam menjadi penjamin kepada pinjaman tersebut. Peminjam akan dikenakan tindakan undang-undang jika ingkar untuk membayar balik pinjaman.
o Peminjam tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
* Pinjaman RM 15,001.00 – RM 50,000.00 satu ( 1 ) orang penjamin ;
o Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
o Penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar ( termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 800.00 sebulan .
o Penjamin adalah adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan atau swasta.
o Penjamin yang bekerja disyarikat yang sama dengan pemohon tidak layak menjadi penjamin.
o Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
* Syarat khas :
o Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.
* Had menjamin :
o Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari satu ( 1 ) orang peminjam pada satu-satu masa.

Permohonan Untuk Mendapat Pinjaman
*
Permohonan untuk mendapatkan pinjaman mestilah menggunakan borang permohonan pinjaman khas institusi kewangan yang dilantik oleh Kementerian Belia dan Sukan.
* Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan lima ( 5 ) salinan kertas kerja dan dimajukan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) untuk cop pengesahan.
* Salinan asal pinjaman hendaklah dimajukan terus kepada institusi kewangan yang dilantik.
* Manakala tiga ( 3 ) salinan permohonan diserahkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD). Satu ( 1 ) salinan adalah untuk simpanan pemohon.
* Pegawai di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) hendaklah memajukan satu ( 1 ) salinan masing – masing kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Kementerian Belia dan Sukan (Cawangan Pembangunan Ekonomi), manakala satu ( 1 ) salinan untuk simpanan PBSD.
* Borang permohonan yang lengkap dan kertas kerja mestilah dimajukan melalui institusi kewangan yang dilantik.
* Hanya satu pinjaman SBN/SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.

Soalan-Soalan Lazim

i)
Soalan 1

Bagaimana saya mahu memohon pinjaman di bawah Skim Tabung Ekonomi Belia?

Jawapan 1

Pendaftaran permohonan boleh dibuat secara on-line melalui porta MPEB, http://www.mpeb.gov.my atau boleh dimuat turun secara manual melalui portal. Borang juga boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan Negeri dan daerah. Borang yang diisi secara manual hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri/Daerah.

ii) Soalan 2
Apakah proses yang perlu dilalui untuk memohon pinjaman?
Jawapan 2

Terdapat 2 peringkat saringan iaitu ujian saringan dan kursus. Pemohon yang telah lulus ujian saringan akan dipanggil untuk menghadiri Kursus Asas Perniagaan ( untuk yang memyulakan perniagaan ) dan Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan ( bagi yang mahu menggembangkan perniagaan ). Selepas melalui saringan –saringan tersebut barulah pemohon layak untuk mendapat borang pinjaman.

iii) Soalan 3
Berapakah had minimum/maksimim untuk memohon pinjaman?
Jawapan 3
Dari RM 5,000 – 50, 000.00

iv) Soalan 4
Bila/dimanakan ujian saringan akan dibuat?
Jawapan 4
ujian saringan diuat diperingkat negeri bertempat di Jabatan belia dan sukan negeri dan pihak tuan akan dihubungi oleh pegawai pembangunan ekonomi Jabatan Belia dan Sukan negeri. Ujian akan dibuat pada setiap minggu

v) Soalan 5
Berapa lamakah proses kelulusan pinjaman?
Jawapan 5
Setiap pemohonan akan mengambil masa selama 2 bulan setengah untuk diproses.

vi) Soalan 6
Apakah syarat-syarat penjamin ?
Jawapan 6
Setiap permohonan mesti mematuhi syarat seperti berikut :
1.Mengemukakan dua (2) orang penjamin yang digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
2.Setiap penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar (termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 1 ribu sebulan.
3. Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.

Syarat khas
Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.
Had menjamin:Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari dua ( 2 ) orang peminjam pada satu-satu masa.

vii) Soalan 7
saya telah menjalankan perniagaan dan mempunyai diplom/ijazah dalam bidang perniagaan, perlukah saya mengikuti kursus rancangan perniagaan ?
Jawapan 7
Bagi pemohon yang telah lulus ujian saringan, dan mempuyai ciri-ciri berikut dikecualikan daripada mengikuti kursus bimbingan rancangan perniagaan.

1. Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan – Tidak perlu mengikuti kursus dan layak memohon pinjaman.
2. Telah mengikuti Kursus Rancangan Perniagaan atau berkaitan yang dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Keusahawanan), di Batu Gajah Perak di bawah KBS atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta yang diiktiraf.
3. Lulusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) atau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan telah menjalankan perniagaan yang berkaitan.
4. Mempunyai kelulusan peringkat diploma/ijazah dan telah menjalankan perniagaan dalam bidang berkaitan atau mempunyai kelulusan peringkat diploma/ijazah dalam bidang perniagaan dan telah menjalankan perniagaan.
5. Telah mengikuti program inkubator anjuran mana-mana agensi kerajaan.

viii) Soalan 8
Saya berminat untuk memohon pinjaman bagi memulakan perniagaan, bagaimanakah saya boleh memohon pinjaman ?
Jawapan 8

Untuk makluman, permohonan pinjaman adalah kepada belia yang sudah menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Bagi yang baru merancang untuk memulakan perniagaan, pemohon akan dipanggil untuk mengikuti kursus Asas Perniagaan dan selepas itu digalakkan untuk memulakan perniagaan sendiri sebelum layak memohon pinjaman.

mr lepat di spa @ modern tyre….

huhuuuu lepas kes haru haritu hubby bawak aku gi modern tyre antar mrlepat urut2 kaki kat spa…modern trye ni dekat je dari jpj so kita org terus je lah memandangkan dating berdua syian dua budak musyuk kena tinggal….
zalim ke mummy alahaiii bukan gi mana2 pun gi service buat aligment car daddy je hamm..ielham punya xsited tengok pic, nasib mummy sempat snap, tu pun takut org2 urut mrlepat marah.. pic2 ni untuk ingat2 kemudian hari…darling u sila ambil perhatian ye, dont speed over limits…before u change n fits all the problem.. i love u….

izzach31

130420091126

130420091127

130420091128

haha…long time no see…

huhhh macam le berkerja, bz bebenar, nak update pun kena tunggu masa yang sesuai ni pun tengah banyak kerja nih, kain menunggu, sedang izzach tido lena ni nyaman mummy nak update, ielham kuat main games sekarang..entah apa lah nak jadi sampai berrebut2 ngan daddy..like daddy like son..so daddy dont give up..coz he is your son.truelyy..kekeke

banyak menda yang mummy pk april ni…1 >daddy nak kena amik muet 25hb kat sekolah menengah sedia raja chembong, i wish u good luck dear.. i love u with all i have….

dua >mummy punya specra nak kena service, alligment tyre kena tukar baru, banyak menda kena buat daddy kira2 kos dia termsuk insyuran road tax for next 2month lagi semua makan 2k..aiyoooppppp ….

tiga, >ptptn, tunggu ye pas ni kita buat perhitungan , malas nak ceta banyak dah banyak dah ceta sebanranya kan?

empat kaklang >….i know who u are, so please take care of your self….we belived u coz you are strong lady….

lima > family problem all about kesihatan, mak ayah kat jelebu, mak rembau, kesian betul tiap hari tiap ketika aku mendoakan mereka.esok kena bawak mak rembau gi klinik rembau buka fail lama mengenai tyroid…huhuuu sebak aku..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………….
ni beberapa pic yg suprise on april nih…layan…

sambutan besday party mil n fil..

idea asal : adik asyu..
gubahan : mummy
ciptaan : mummy

happy besday mak ayah, maz doakan mak ngan ayah dikurniakan kesihatan yang baik dann hubungan makin rapat dan baik..

120420091116

izzach3

aku yang kecewa & geram….

sakitnya hati Allah je lah yang tahu sapa yang bersalah geramnya……
pada dia yang suka mengacau, membully anak aku, pepandai masuk cc…buka pc on sendiri…benci
dah lah kuat melawan anak aku pun jadi terikut-ikut kuat melawan
dah lah tu kuat mengherdik org

tak tahu lah macamana nak menghadapi budak jahat macam ni, aku tahu lah aku nih sapa kat umah ni tp aku
harap benar budak tu berubah dana mak bapak dia pun kena berubah, jangan plak nanti deorang benci aku sudah…ye lah aku ni dah jaga dan tolong anak dia aku harap dia paham lah…

mmg betul didik anak ni susah kan? bagi aku kekerasan dan ketegasan aku didik ielham bukan bermakna aku tak sayang cuma aku tak bagi muka langsung pada dia aku taknak dia mengada-ngada dan sesungguhnya aku rase cara ini elok untuk bg dia moral ngan semangat supaya dia ada keyakinan diri..tengok lah contohnya dah ada lembut bebenar ngan anak, anak pijak2 kepala..macam tu lah ielham aku nampak sedikit sebanyak ielham dah mula berubah dah pandai merengek2, pandai melawan aku, nanti org salahkan aku sbb aku didik dia kasar tp sebaliknya, tengoklah persekitaran dia macamana sepupu2 dia semua mengada-ngada…for sure deorang salahkan aku…salah aku sbb rotan ielham..aku nak ajar anak aku kasar suka hati aku lah ajar lah anak korang jangan nak mengada-ngada lebih..elehhh selalu aku kena perli didik anak tak boleh kasar2 cakap lembut2..korang cakap lembut2 ngan anak2 korang dia dengar ke tak? dia behave ke tak? aku dah biasa mak aku ajar dan didik aku ngan rotan, aku masuk u jugak, cuma aku tak ada rezeki lebih nak dapat kerja macam org lain….dan aku masih harpkan rezeki dari Allah supaya masa depan aku dan anak2 aku cerah…

mmg aku sellau kecewa, sedih sbb aku tak dapat nak melunaskan tanggungjawab aku sebagai seorang anak kepada mak ngan ayah aku, insyaALLAH satu hari nanti aku cuba lunaskan cita2 aku nak hantar mak ayah ke tanah suci..walaupun 20-30 tahun nanti..aku cuba dengan izin ALLAH…apa yang aku mampu adalah mendoakan..aku mendoakan kedua ibu dan ayahku ….

af >7 part4…

tension betul hari nih, meluap-luap jiwa nak menulis, yaAllah…..
hari ni overal student af ok ok belaka yang aku tak paham kenapa perlu si ZIZI ngan RUBISA yang kena keluar hari, malam ni…tak patut betul yang aku rase mereka berdua dah buat best gila..gempak….malahan bagi aku RUBISA suara best gila lagi bagus dari ISMA…
yang aku pelik tu, cemana si Qhaud yang out tu boleh still ada dlm situ, tambah2 lagi si sidi yang out gila mlm nih patutnya deorang yang keluar…sakitnya hati….
yang lain2 macam biasalah claudia bagus jugak, si akim pun dah upgare bagus hafiz toksah cakaplah mmg aku suke mamat nih, suka jugak si adlin kritik dia buat stail lap badan gajah tp tu mmg nampak sangatlah gaya dia yang itu je tak de gaya lain yang lagi meletup yang boleh dia buat….

tapi aku suka lah ngan zizi ni, suara dia best didengar, takpe zizi, sure u dapat afundi balik kot..ku harapkan begitu lah..

af7zizi