STEP…skim tabung ekonomi belia

“saya bukan along, saya cuma nak tolong” tak pasti word ni benar ke tidak….ahahhahahahah

huhuuuu comfius betul bila dah dapat borang nih, macam2 yg dia nak tp lebih kurang sam je lah ngan pinjaman peribadi bank rakyat…apa2 pun tq en din sbb dah sudi layankan saya yang tak seberapa knowlageable ni
dapat borang smlm sbb en din sugget suh apply untuk cc, ingatkan apa lah rupanya suah ya amat…
bg sesiapa yang request dan ada angan2 nak pinjam kat step nih bnyak menda yg kena buat tau..preapre ur self like i said bukan mudah sebenarnya…
aku dah buat paper work nih, dah tunjuk pd pegawai belia, skrg dia suh ssm buh nama kongsi kat izzach network, ok lah tengoklah macamana klu tak dapat banyak siket pun alhamdulullah sbb nak buh econd kat cc tu panas ya amat….so i have to do something…please help me pray or my happyness…uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Pendahuluan

1.1

Tabung Ekonomi Belia telah bermula pada 1987 – 1996 yang dilaksanakan sendiri oleh KBS telah memberi peluang kepada usahawan belia mendapat pinjaman untuk menjalankan perniagaan. Pada tahun 1997, KBS telah membuat kerjasama pinjaman dengan BSNC. Walaubagaimanapun pinjaman di bekukan semenjak tahun 2002.

Usaha telah dibuat untuk mencairkan semula tabung ini, maka pada tahun 2006, Pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah memberi persetujuan bahawa Skim Tabung Ekonomi Belia ini diteruskan dengan beberapa perubahan pelaksanaan kaedah pemberian pinjaman kepada para belia. (Ruj. Surat : (19 ) UPE.S 25/100/330 bertarikh 19 Januari 2006).
1.2

Pihak EPU menyarankan supaya :

* Kementerian Belia dan Sukan menumpukan perhatian kepada usaha membimbing belia dalam bidang keusahawanan.
*
Urusan pemberian dan kelulusan pinjaman diuruskan oleh Institusi Kewangan yang dilantik oleh pihak kementerian.

1.3

Pada 27 April 2006, Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) telah dilancarkan oleh Y.B Dato’ Azalina bt Dato’ Othman Said, bekas Menteri Belia dan Sukan di Institut Latihan Keselamatan Sosial, ESSET Bangi, Selangor.

Nama Skim

Skim Tabung Ekonomi Belia ( STEB ) dibahagikan kepada 2 :-

* Skim Belia Niaga (SBN)
* Skim Belia Tani (SBT)

Tujuan Skim

Skim ini bertujuan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada golongan belia yang menjalankan usaha niaga dalam pelbagai bidang. Kemudahan pembiayaan ini disediakan bagi memulakan dan menggembangkan perniagaan.

Agensi Pelaksana

Institusi Kewangan yang dilantik :

* Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) – Skim Belia Niaga (SBN)
* Agro Bank – Skim Belia Tani (SBT)

Had Pinjaman

Jumlah pinjaman yang dibenarkan bagi Skim Belia Niaga (SBN) dan Skim Belia Tani (SBT) yang disediakan adalah dari RM 5,000.00 hingga RM 50,000.00

Kategori Pemohon

* Kategori 1 ( telah berniaga dan mempunyai sijil )
Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan.

* Kategori 2 ( memulakan perniagaan dan mempunyai sijil )

Baru memulakan perniagaan dan telah mempunyai sijil yang berkaitan.

Kadar Bayaran Perkhidmatan
Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan ialah 4% di atas baki pinjaman
Syarat Pinjaman
Golongan belia yang layak untuk mendapat kemudahan pinjaman adalah seperti berikut :
* Warganegara yang menetap di Malaysia berumur antara 18 – 40 tahun. (Minimum umur pemohon adalah 18 tahun dan sebelum mencapai umur 41)
* Tujuan permohonan adalah untuk memula dan mengembangkan perniagaan.
* Permohonan pinjaman adalah secara individu dan menjalankan perniagaannya secara sepenuh masa.
* Seorang sahaja antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.
* Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang.
* Lulusan IKTBN/IKBN diberi keutamaan bagi memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan.

Syarat-Syarat Penjamin

*
Pinjaman RM 5000.00 – RM 15,000.00 ; TIADA PENJAMIN
o
Peminjam menjadi penjamin kepada pinjaman tersebut. Peminjam akan dikenakan tindakan undang-undang jika ingkar untuk membayar balik pinjaman.
o Peminjam tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
* Pinjaman RM 15,001.00 – RM 50,000.00 satu ( 1 ) orang penjamin ;
o Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
o Penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar ( termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 800.00 sebulan .
o Penjamin adalah adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan atau swasta.
o Penjamin yang bekerja disyarikat yang sama dengan pemohon tidak layak menjadi penjamin.
o Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
* Syarat khas :
o Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.
* Had menjamin :
o Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari satu ( 1 ) orang peminjam pada satu-satu masa.

Permohonan Untuk Mendapat Pinjaman
*
Permohonan untuk mendapatkan pinjaman mestilah menggunakan borang permohonan pinjaman khas institusi kewangan yang dilantik oleh Kementerian Belia dan Sukan.
* Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan lima ( 5 ) salinan kertas kerja dan dimajukan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) untuk cop pengesahan.
* Salinan asal pinjaman hendaklah dimajukan terus kepada institusi kewangan yang dilantik.
* Manakala tiga ( 3 ) salinan permohonan diserahkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD). Satu ( 1 ) salinan adalah untuk simpanan pemohon.
* Pegawai di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) hendaklah memajukan satu ( 1 ) salinan masing – masing kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Kementerian Belia dan Sukan (Cawangan Pembangunan Ekonomi), manakala satu ( 1 ) salinan untuk simpanan PBSD.
* Borang permohonan yang lengkap dan kertas kerja mestilah dimajukan melalui institusi kewangan yang dilantik.
* Hanya satu pinjaman SBN/SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.

Soalan-Soalan Lazim

i)
Soalan 1

Bagaimana saya mahu memohon pinjaman di bawah Skim Tabung Ekonomi Belia?

Jawapan 1

Pendaftaran permohonan boleh dibuat secara on-line melalui porta MPEB, http://www.mpeb.gov.my atau boleh dimuat turun secara manual melalui portal. Borang juga boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan Negeri dan daerah. Borang yang diisi secara manual hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri/Daerah.

ii) Soalan 2
Apakah proses yang perlu dilalui untuk memohon pinjaman?
Jawapan 2

Terdapat 2 peringkat saringan iaitu ujian saringan dan kursus. Pemohon yang telah lulus ujian saringan akan dipanggil untuk menghadiri Kursus Asas Perniagaan ( untuk yang memyulakan perniagaan ) dan Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan ( bagi yang mahu menggembangkan perniagaan ). Selepas melalui saringan –saringan tersebut barulah pemohon layak untuk mendapat borang pinjaman.

iii) Soalan 3
Berapakah had minimum/maksimim untuk memohon pinjaman?
Jawapan 3
Dari RM 5,000 – 50, 000.00

iv) Soalan 4
Bila/dimanakan ujian saringan akan dibuat?
Jawapan 4
ujian saringan diuat diperingkat negeri bertempat di Jabatan belia dan sukan negeri dan pihak tuan akan dihubungi oleh pegawai pembangunan ekonomi Jabatan Belia dan Sukan negeri. Ujian akan dibuat pada setiap minggu

v) Soalan 5
Berapa lamakah proses kelulusan pinjaman?
Jawapan 5
Setiap pemohonan akan mengambil masa selama 2 bulan setengah untuk diproses.

vi) Soalan 6
Apakah syarat-syarat penjamin ?
Jawapan 6
Setiap permohonan mesti mematuhi syarat seperti berikut :
1.Mengemukakan dua (2) orang penjamin yang digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
2.Setiap penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar (termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 1 ribu sebulan.
3. Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.

Syarat khas
Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.
Had menjamin:Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari dua ( 2 ) orang peminjam pada satu-satu masa.

vii) Soalan 7
saya telah menjalankan perniagaan dan mempunyai diplom/ijazah dalam bidang perniagaan, perlukah saya mengikuti kursus rancangan perniagaan ?
Jawapan 7
Bagi pemohon yang telah lulus ujian saringan, dan mempuyai ciri-ciri berikut dikecualikan daripada mengikuti kursus bimbingan rancangan perniagaan.

1. Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan – Tidak perlu mengikuti kursus dan layak memohon pinjaman.
2. Telah mengikuti Kursus Rancangan Perniagaan atau berkaitan yang dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Keusahawanan), di Batu Gajah Perak di bawah KBS atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta yang diiktiraf.
3. Lulusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) atau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan telah menjalankan perniagaan yang berkaitan.
4. Mempunyai kelulusan peringkat diploma/ijazah dan telah menjalankan perniagaan dalam bidang berkaitan atau mempunyai kelulusan peringkat diploma/ijazah dalam bidang perniagaan dan telah menjalankan perniagaan.
5. Telah mengikuti program inkubator anjuran mana-mana agensi kerajaan.

viii) Soalan 8
Saya berminat untuk memohon pinjaman bagi memulakan perniagaan, bagaimanakah saya boleh memohon pinjaman ?
Jawapan 8

Untuk makluman, permohonan pinjaman adalah kepada belia yang sudah menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Bagi yang baru merancang untuk memulakan perniagaan, pemohon akan dipanggil untuk mengikuti kursus Asas Perniagaan dan selepas itu digalakkan untuk memulakan perniagaan sendiri sebelum layak memohon pinjaman.

Advertisements

One thought on “STEP…skim tabung ekonomi belia

  1. sy baru 5 bulan buka kedai runcit.ingat nak tambah barang la..masa sy buka dulu guna modal sendiri jer.tak ada pinjam mana2.klu leh tlg call sy 0192713501.salam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s